Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar hubungi Saifuddin untuk ‘mempersiap­kan’ kerusi berpotensi

-

ALOR SETAR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahka­n pengumuman mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dibuat sekembalin­ya beliau dari Hong Kong, Rabu ini.

Beliau berkata Anwar telah menghubung­inya kelmarin sebelum berlepas ke Hong Kong bagi memberi arahan untuk ‘mempersiap­kan’ kerusi- kerusi berpotensi yang akan ditandingi presiden parti, yang dipilih itu dalam masa terdekat.

“Kerusi (berpotensi) itu asalnya tiga, tapi sehingga semalam (kelmarin) setelah di ‘zoom in’ jadi dua, semalam (kelmarin) dia telah hubungi saya untuk memberikan gambaran dan saya ada beberapa tugasan untuk disiapkan, mungkin waktu di Hong Kong nanti beliau akan buat keputusan satu daripada kerusi itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di sini semalam.

Saifuddin, yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata kerusi yang akan dipilih oleh Anwar itu nanti adalah kerusi paling selamat berdasarka­n kepada kajian serta mengambil kira keputusan pada pilihan raya umum yang lepas.

“Kami sudah ambil kira semua termasuk keputusan pilihan raya umum yang lepas, peratus keluar mengundi, isu politik semasa yang berlegar serta isu dimainkan pembangkan­g selama pembangkan­g belum keluar tajuk politik perkauman, agama serta sengketa kaum,” katanya.

Saifuddin turut mengesahka­n bahawa kerusi yang bakal ditandingi Anwar nanti bukanlah kerusi dari negerinege­ri di utara semenanjun­g seperti dilaporkan akhbarakhb­ar tempatan, yang beliau sifatkan sebagai spekulasi semata-mata.

Beliau meminta orang ramai agar tidak mudah mempercaya­i berita-berita serta gosip bertebaran dan menegaskan bahawa apa-apa pengumuman mestilah datang daripada setiausaha agung sebagai sumber yang paling berhak dan mengikut undang- undang dalam sesebuah parti.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bahawa belum ada perbincang­an di peringkat tertinggi mengenai pemilihan kerusi untuk Anwar, Saifuddin berkata Anwar sendiri telah membuat pengumuman terbuka bahawa beliau akan kembali ke Parlimen Oktober ini.

“Itu cara dia (Zuraida) menjawab dengan media, Anwar sendiri sudah sebut mengenai perkara itu, contohlah, Perdana Menteri sudah umum sesuatu tiba-tiba ada orang kata belum dibincang jemaah menteri, kalut namanya itu,” katanya.

Katanya, adalah tidak menjadi isu juga sekiranya tiga beranak iaitu Anwar serta isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar berada di dalam Parlimen kerana

Kerusi (berpotensi) itu asalnya tiga, tapi sehingga semalam (kelmarin) setelah di ‘zoom in’ jadi dua, semalam (kelmarin) dia telah hubungi saya untuk memberikan gambaran dan saya ada beberapa tugasan untuk disiapkan, mungkin waktu di Hong Kong nanti beliau akan buat keputusan satu daripada

itu. ” kerusi Datuk Saifuddin Nasution Ismail Setiausaha Agung PKR

mereka dipilih sendiri oleh rakyat untuk menjadi wakil melalui proses demokrasi.

Mengenai kenyataan calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa Datuk Seri Azmin Ali pernah bertemu Anwar di Turki bagi meminta beliau agar tidak bertanding jawatan presiden, Saifudin berkata biarlah anggota parti sendiri menilai perkara itu.

Katanya, pemilihan parti yang dibuat tiga tahun sekali itu menjadi tumpuan kali ini berikutan ia pertama kali pemilihan dilakukan setelah pertama kali Pakatan Harapan ( PH) berjaya membentuk kerajaan dan kedudukan PKR sebagai parti terbesar dalam PH.

“Orang cemas tengok Rafizi lawan Azmin, tapi bagi kami anggota PKR kami tengok sebagai proses biasa sahaja, sebab dalam PKR ini menang atau kalah tetap akan ada tempat dalam parti, dalam keluarga PKR dan kami anggap ia sebagai peluang untuk memilih antara yang terbaik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mukhriz (tengah) bersama Saifuddin (tiga kiri) beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Penutup Taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Seri Mentaloon, Padang Terap semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Mukhriz (tengah) bersama Saifuddin (tiga kiri) beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Penutup Taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Seri Mentaloon, Padang Terap semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia