Utusan Borneo (Sarawak)

Maszlee jumpa pelajar Rabu ini Mahu dengar sendiri suara pelajar, buktikan dasar terbuka kerajaan

-

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan mengadakan pertemuan Rabu ini bersama kumpulan pelajar yang mengadakan protes berhubung pelantikan­nya selaku Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Dalam satu kenyataan semalam, Maszlee berkata, pertemuan itu akan berlangsun­g di Kementeria­n Pendidikan di sini pada jam 6.30 petang.

Katanya, pertemuan itu diharap dapat membuka ruang kepadanya untuk mendengar sendiri suara kumpulan pelajar sekali gus membuktika­n dasar terbuka yang dipraktikk­annya dan kerajaan.

“Sekali lagi saya ingin mengulangi dasar terbuka saya dan juga kerajaan, dan pada masa yang sama berpegang teguh dengan pendekatan untuk memelihara kebebasan bersuara mahasiswa dan juga autonomi universiti,” katanya.

Beliau berkata, pegawainya telah berhubung dengan Asheeq Ali Sethi Alivi, iaitu wakil kumpulan pelajar terbabit yang kemudianny­a bersetuju menetapkan tarikh dan masa pertemuan itu.

Kenyataan itu dikeluarka­n susulan laporan sebuah portal berita semalam bertajuk ‘Dasar pintu terbuka Maszlee Malik hanya sekadar ‘retorik’ – Aktivis Pelajar’, yang antara lain memetik kenyataan A- sheeq Ali bahawa dasar pintu terbuka yang sekian lama dilaungkan oleh menteri adalah tidak benar.

Sabtu lepas, Asheeq Ali, 23, bersama Siti Nurizzah Mohamad Tazali, 23, ditahan polis selepas enggan bersurai dari kawasan hadapan pintu masuk utama Parcel E, Putrajaya yang menempatka­n beberapa kementeria­n termasuk Kementeria­n Pendidikan.

Asheeq Ali dan Nurizzah mengadakan tunjuk perasaan bantah duduk, bersama tidak lebih 10 pelajar dari beberapa universiti yang menggelar diri mereka Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai protes terhadap pelantikan Maszlee selaku Presiden UIAM. — Bernama

Sekali lagi saya ingin mengulangi dasar terbuka saya dan juga kerajaan, dan pada masa yang sama berpegang teguh dengan pendekatan untuk memelihara kebebasan bersuara mahasiswa dan juga autonomi universiti. Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Zuraida memeriksa kawalan kehormatan ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Ibu Pejabat JBPM Kedah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Zuraida memeriksa kawalan kehormatan ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Ibu Pejabat JBPM Kedah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Wahid (tengah) bertukar dokumen dengan Tan (dua kiri) pada Majlis Menandatan­gani Surat Hasrat (Lol) antara UTHM dan STS di Batu Pahat pada Rabu lepas.
— Gambar Bernama KERJASAMA: Wahid (tengah) bertukar dokumen dengan Tan (dua kiri) pada Majlis Menandatan­gani Surat Hasrat (Lol) antara UTHM dan STS di Batu Pahat pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia