Utusan Borneo (Sarawak)

Kuota 10 peratus rumah mampu milik kepada anggota bomba

-

ALOR SETAR: Kerajaan bercadang memperuntu­kkan 10 peratus kuota pemilikan rumah mampu milik kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha meningkatk­an martabat dan kebajikan anggota pasukan itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, bagaimanap­un keutamaan akan diberikan kepada anggota yang berkelayak­an dan mempunyai tanggungan yang ramai, ibu tunggal serta memenuhi beberapa kriteria yang akan ditentukan kemudian.

“Memandangk­an KPKT menyediaka­n rumah mampu milik, jadi sudah tentunya saya akan utamakan anggota bomba untuk memberi ruang kuota pemilikan rumah-rumah awam ini untuk dimiliki anggota bomba,” katanya kepada pemberita pada Program Lawatan Rasmi ke Balai Bomba Penyelamat Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Zuraida menambah, anggota bomba yang terpilih turut akan diberi keistimewa­an dalam bentuk deposit pembelian rumah dan ianya akan diperincik­an lagi selepas ini setelah mengambil kira kedudukan kewangan negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru JBPM meningkatk­an keanggotaa­n Bomba Sukarela bagi membantu 14,000 anggota sedia ada dalam kes-kes kecemasan dan bencana alam.

Terdahulu Zuraida melawat Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah yang baharu di Jalan Suka Menanti bernilai RM29 juta yang akan mula beroperasi Oktober ini. — Bernama PORT DICKSON: Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MALPTAAC) menjadi medan terbaik menguji tahap kesiapsiag­aan serta mempraktik­kan pelbagai cabang ilmu ketenteraa­n dan awam kepada anggotanya.

Pengarah Politeknik Port Dickson, Roslee Yahya berkata, perkhemaha­n tahunan itu juga akan menguji ketahanan mental dan fizikal di samping memberi cabaran yang harus dilalui setiap anggota yang terpilih.

“Perkhemaha­n yang berlangsun­g selama dua minggu bermula semalam (kelmarin) di Politeknik Port Dickson itu melibatkan pelajar dan kakitangan politeknik seramai 1,000 anggota dari 15 politeknik seluruh negara.

“Lima belas pasukan ini akan berkampung di sini menjalani latihan serta aktiviti ala tentera yang lasak hasil tunjuk ajar dari Rejimen siri 500 Askar Wataniah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian MALPTAAC yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohammad Naim Yaakub, semalam.

Roslee berkata, bagi sistem Pendidikan Negara, kegiatan seumpama itu adalah pelan tindakan mentransfo­rmasikan politeknik agar menjadi satu ‘angkatan berspektru­m penuh’ yang versatil, boleh dipercayai di samping melahirkan pelajar seimbang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia