Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspres Perdana beri jaminan keselamata­n kepada penumpang

-

KOTA BHARU: Syarikat bas Ekspres Perdana memberi jaminan keselamata­n kepada penumpang menjadi keutamaan mereka bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya.

Pengarah Urusannya, Laili Ismail berkata, selama sembilan tahun bertapak sebagai penyedia perkhidmat­an pengangkut­an awam, pihaknya sedaya upaya mengikut prosedur keselamata­n ditetapkan untuk pengendali bas ekspres.

“Pihak syarikat mengamalka­n setiap garis panduan ditetapkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkut­an Jalan, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat, Polis Diraja Malaysia, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan serta Jabatan Tenaga Buruh,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Laili berkata demikian bagi mengulas mengenai kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres syarikat berkenaan di Kilometer 12.5 Jalan Ipoh-Lumut, Perak pada 2 September lepas.

Dalam kemalangan pada jam 5 pagi itu, pemandu bas Mohamad Azizul, 31, dan seorang penumpang, Mun- zirah Jalaluddin, 20, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak, terbunuh.

Laili berkata, pematuhan setiap prosedur dan amalan keselamata­n yang ditetapkan menyumbang kepada pencapaian positif apabila syarikat itu dianugerah­kan Pengendali Terbaik pada 2016 dan 2017, serta Perkhidmat­an Pelanggan Terbaik pada 2017.

Beliau berkata, had usia penggunaan bas syarikat itu dipastikan tidak melebihi lima tahun bagi menjamin keselamata­n dan keselesaan penumpang, malah setiap bas juga dilengkapi alat pengesan had laju yang mengehadka­n kelajuan tidak melebihi 90 kilometer per jam.

“Dalam rekod pihak kami, kelajuan ketika kejadian itu hanya 81 kilometer per jam yang jelas menyangkal pendapat segelintir pihak kejadian berlaku disebabkan bas dipandu laju,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menubuhkan Pasukan Cakna Prihatin untuk menziarahi 38 penumpang yang terlibat dalam kemalangan tersebut bagi mengenal pasti keadaan mereka bagi tujuan memberi sokongan dan bantuan sewajarnya.

“Sebanyak RM10,000 disumbangk­an kepada waris penumpang yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut bagi meringanka­n beban mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIJAMIN SELAMAT: Laili menunjukka­n tempat duduk penumpang selepas mengadakan sidang media mengenai kemalangan membabitka­n bas ekspres Perdana di Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama DIJAMIN SELAMAT: Laili menunjukka­n tempat duduk penumpang selepas mengadakan sidang media mengenai kemalangan membabitka­n bas ekspres Perdana di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia