Utusan Borneo (Sarawak)

KBS menaja 18 belia Orang Asli sebagai sukarelawa­n APMG 2018

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menaja sekumpulan belia Orang Asli terdiri daripada suku Semai, Jahut, Jakun dan Temuan untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawa­n pada Sukan Masters Asia Pasifik (APMG) 2018.

Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan semalam berkata, usaha tersebut merupakan inisiatif KBS untuk mengetenga­hkan dan memberi peluang kepada golongan belia Orang Asli terlibat secara langsung dalam acara sukan di peringkat antarabang­sa.

“Pentadbira­n ini adalah mengenai keterangku­man. Kami mahu melibatkan kesemua belia daripada semua segmen masyarakat, termasuk masyarakat Orang Asli dalam program peringkat kebangsaaa­n,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu juga adalah untuk memaparkan kebudayaan Orang Asli.

“Ini adalah sebahagian daripada proses menjadikan konsep Malaysia Baharu berfungsi, tanpa mengira di mana mereka berada, mereka boleh memainkan peranan sebagai rakyat yang aktif,” katanya sambil menambah pihaknya akan mengembang­kan usaha itu secara berterusan dengan melibatkan lebih banyak komuniti dalam pelbagai program pada masa depan.

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berharap dengan adanya usaha sebegini, mereka dapat meraih pengalaman berharga di samping meluaskan jaringan kenalan baharu yang terdiri daripada latar belakang berbeza.

Sementara itu, seorang belia Orang Asli, Suhaila Jamil, 17, berkata, beliau berasa cukup bertuah untuk terlibat sebagai sukarelawa­n di temasya APMG 2018.

“Sebelum ini memang tidak pernah ada pengalaman menerusi acara sebegini malah berasa seronok pula di samping dengan tunjuk ajar dan perkhidmat­an yang diberikan oleh penganjur begitu baik sekali,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n, Izuan Long, 25, pula berkata, peluang yang diberikan KBS digunakan sebaiknya untuk mengenali sukarelawa­n dari negara luar.

Lapan belas belia Orang Asli terdiri daripada enam lelaki dan 12 perempuan, berusia 17 hingga 30 tahun, dari enam buah perkampung­an Orang Asli di negeri Pahang dan Selangor terlibat sebagai sukarelawa­n dalam temasya yang berlangsun­g selama lapan hari itu.

APMG yang bermula pada Jumaat lepas adalah sukan Masters bertaraf antarabang­sa yang julung kali diadakan di Asia, membabitka­n 5,564 peserta dari 64 negara yang akan bersaing dalam 22 jenis sukan antaranya bola sepak, badminton, olahraga, renang, memanah, pingpong, skuasy dan tenis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia