Utusan Borneo (Sarawak)

Rembatan Giroud pastikan Stade de France ‘meledak’ Penyerang Chelsea itu ledak gol kemenangan, meriahkan sambutan kejayaan Piala Dunia Perancis ketika benam Belanda 2-1

-

PARIS, Perancis: Perancis akhirnya meraikan kemenangan Piala Dunia di hadapan penyokong mereka sendiri selepas Kylian Mbappe dan Olivier Giroud menjaringk­an gol ketika menewaskan Belanda 2-1 di sini Ahad lepas.

Giroud menjaringk­an gol kemenangan Perancis dari satu hantaran lintang Benjamin Mendy pada minit ke-75 untuk gol pertama beliau dari 11 perlawanan bersama Perancis, ekoran mengharung­i sepanjang kempen Piala Dunia 2018 tanpa menjaringk­an sebarang gol.

Pada penampilan pertama Perancis di tanahair mereka sendiri sejak Piala Dunia, Mbappe meletakkan Perancis di hadapan pada awal permainan sebelum Ryan Babel mengikat kedudukan pada separuh masa kedua.

Stade de France b a g a i m a n a p u n ‘meledak’ dengan gol Giroud pada satu perlawanan yang memiliki kelebihan kompetetif sebagai sebahagian dari kejohanan baharu Liga Negara UEFA (UNL).

Bagaimanap­un, perlawanan ini hanya permulaan kepada sambutan kejayaan menjulang trofi Piala Dunia dalam padang di hadapan h a m p i r 8 0 , 0 0 0 penonton selepas tamat permainan.

“K e - menangan adalah apa yang paling penting, supaya kami boleh meraikan kejuaraan(Piala Dunia) dengan lebih hebat,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Saya berasa sangat gembira dengan Olivier. Penyerang mempunyai satu tempoh di mana mereka tidak begitu berkesan di pintu gol tetapi beliau sangat penting dalam perancanga­n pergerakan (gol), beliau menjaringk­an satu gol cantik dan juga gol itu memastikan kemenangan kami.” Perancis dan penyokong mereka melihat perlawanan ini sebagai satu peluang untuk menebus kekurangan sambutan kegembiraa­n tidak lama selepas kejuaraan di Rusia. Pada hari mereka menewaskan Croatia 4-2 di final, Perancis melakukan pera- rakan tergesa-gesa di Dataran Champs-Elysees di Paris dalam satu perjalanan untuk menjadi tetamu Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Pergerakan tergesa-gesa itu ternyata mengecewak­an kirakira 300,000 peminat yang membanjiri jalan-jalan dan kerana itu, kali ini, pasukan meraikan kejayaan dengan lebih dekat bersama penyokong selepas wisel penamat.

Trofi Piala Dunia juga dibawa bersama dengan skuad melakukan satu pusingan hormat, menyanyi bersama penyokong di stadium di mana Perancis menjulang kejuaraan pertama mereka selaku tuan rumah pada 1998.

“Sekarang ia masa untuk berpesta,” kata bintang tengahnya, Paul Pogba.

“Apabila kami kembali ke Perancis, ia (sambutan kegembiraa­n) adalah sangat singkat. Ada banyak kawalan di sekitar bas dan kami tidak dapat benarbenar meraikanny­a bersama penyokong.

“Kali ini, di Stade de France, ia sambutan penuh dan ia sangat menarik sekali.”

Perancis menurunkan kesebelasa­n yang sama yang seri tanpa jaringan dengan Jerman di Munich, bermakna hanya satu pertukaran dari kesebelasa­n utama di final Piala Dunia 2018 dengan Alphonse Areola menggantik­an Hugo Lloris yang mengalami kecederaan.

P a s u - kan mendadapat sambutan utan hangat dengan sepanduk besar ‘juara dunia’ menutup padang sebelum upacara lagu kebangsaan kedua-dua pasukan.

Mbappe terlebih dahulu menguji penjaga gol Belanda, Jasper Cillessen seawal minit pertama dan kecemerlan­gan beliau menunjukka­n kenapa beliau bakal calon pemenang anugerah Ballon d’Or (Pemain Terbaik Dunia).

Beliau membuka jaringan pada minit ke-14 selepas menyempurn­akan hantaran Blaise Matuidi untuk gol antarabang­sa kelapan beliau pada 2018.

Perancis kelihatan mengawal sepenuhnya permainan menentang pasukan Belanda yang dalam proses pembinaan semula di bawah bimbingan Ronald Koeman selepas gagal layak ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018. Mereka memerlukan sehingga minit ke-66 untuk benar-benar meng a n c a m pintu gol Perancis d e n g a n c u b a a n Georginio Wijnald u m s e d i k i t tersasar.

Tetapi Belanda m e n g i k a t kedudukan seminit kemudian apabila hantaran Kenny Tete disempurna­kan oleh Babel.

Namun Giroud menjaringk­an gol kemenangan untuk gol ke-32 bersama Perancis, membolehka­nnya memintas rekod Zinedine Zidane.

Selepas seri dengan Jerman, Perancis menguasai Kumpulan 1 dari Liga A UNL, dengan pemenang kumpulan akan layak ke final melibatkan empat pasukan pada bulan Jun tahun hadapan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ?? DESCHAMPS GEGAR JARING: Giroud menjaringk­an gol kemenangan Perancis ketika beraksi menentang Belanda di Stade de France, Paris pada Ahad lepas.
DESCHAMPS GEGAR JARING: Giroud menjaringk­an gol kemenangan Perancis ketika beraksi menentang Belanda di Stade de France, Paris pada Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia