Utusan Borneo (Sarawak)

Mancini pertahan kritikan terhadap Balotelli

-

LISBON, Portugal: Jurulatih Itali, Roberto Mancini, mengenepik­an kritikan terhadap penyerang bintangnya, Mario Balotelli dan seluruh pasukannya menjelang perlawanan lewat (Isnin) Liga Negara UEFA ( UNL) menentang Portugal di sini.

Itali menyelamat­kan satu mata dari aksi Kumpulan 3 menentang Poland Jumaat lepas dan akan menentang juara Eropah yang beraksi tanpa bintang utama, Cristiano Ronaldo.

Balotelli gagal menyerlah pada perlawanan menentang Poland, yang juga perlawanan kompetetif pertama mereka bersama Itali sejak Piala Dunia 2014 dan dijangka tidak beraksi menentang Portugal kerana kecederaan otot.

“Balotelli mungkin tidak bermain dengan baik tetapi semua ini berlaku kepada semua pemain,” kata Mancini.

“Ini adalah perlawanan kompetetif pertama musim ini, jadi akan ada lebih banyak lagi situasi seperti ini.

“Kami akan mencari formula tepat untuk pasukan ini, kami hanya meminta sedikit kesabaran dari semua pihak tetapi Itali yang kami mahu lihat belum lagi muncul. Kami berharap prestasi itu akan terbentuk tidak lama lagi.”

Mancini mengesahka­n penyerang Federico Chiese akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama selepas pemain berusia 20 tahun itu mempamerka­n aksi memberangs­angkan apabila dimasukkan sebagai pemain gantian, bersama-sama penjaga gol Gianluigi Donnaruma.

“Semua orang mempunyai pandangan masing- masing tetapi saya tidak begitu bimbang dengan kritikan,” kata Mancini, yang memburu kemenangan pertama pada perlawanan kompetetif sejak dilantik sebagai jurulatih selepas kegagalan Itali layak ke Piala Dunia 2018.

“Saya menyedari ada banyak kesilapan dalam satu perlawanan tetapi juga menyedari apa yang boleh kami perbaiki. Tiada apa yang perlu dirisaukan.”

Portugal, yang beraksi di Piala Dunia 2018, seri 1-1 dengan Croatia pada perlawanan persahabat­an sebelum ini. — AFP

 ??  ?? BALOTELLI
BALOTELLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia