Utusan Borneo (Sarawak)

Shaw kembali ke Manchester United selepas kecederaan serius

-

LONDON, England: Luke Shaw akan kembali ke Manchester United selepas mengalami konkusi ketika bermain bersama England, yang tewas 1-2 kepada Sepanyol dengan jurulatih England, Gareth Southgate memanggil Ben Chilwell dan Demarai Gray.

England memulakan kejohanan Liga Negara UEFA (UNL) dengan kekalahan di Wembley Sabtu lepas tetapi kebimbanga­n mengenai keadaan pemain berusia 23 tahun itu membayangi keputusan itu.

Shaw mengumpan bola kepada Marcus Rashford untuk membolehka­n England membuka jaringan, yang juga penampilan kesebelasa­n utama beliau bersama England sejak 2015 – satu penampilan di mana seminggu kemudian, beliau mengalami kecederaan serius patah dua tulang kaki dalam aksi Liga Juara-Juara.

Pemain pertahanan kiri itu mungkin mengalami satu lagi kecederaan serius beberapa minit selepas rehat apabila berlanggar kepala dengan Dani Carvajal, menyebabka­n beliau diusung keluar dari padang dengan alat bantuan pernafasan.

Shaw kemudian berjalan dan bercakap sebelum menghantar tweet beliau “ok” tetapi akan kembali ke United minggu ini.

Satu kenyataan dari Persatuan Bola Sepak ( FA) Inggeris berbunyi: “Luke Shaw kekal di St. George’s Park (pusat latihan England) hari ini (Ahad) untuk rehat susulan dan pemantauan selepas mengalami konkusi ketika menentang Sepanyol. Beliau akan kembali ke kelabnya esok.”

Kecederaan Shaw membuka peluang kepada Chilwell, yang belum pernah beraksi untuk England, bersamasam­a dengan rakan sekelab- nya di Leicester, Gray.

Kedua- dua pemain ini mungkin akan membuat penampilan sulung pada perlawanan persahabat­an menentang Switzerlan­d hari ini dengan perlawanan berlangsun­g di gelanggang Leicester, Stadium King Power. — AFP

 ??  ?? SHAW
SHAW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia