Utusan Borneo (Sarawak)

Pencegahan awal selamatkan maruah Perak daripada tercemar doping

-

IPOH: Pencegahan awal yang dilakukan oleh tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak ke-19 dengan menjalanka­n saringan ujian air kencing menyelamat­kan maruah kontinjen Perak apabila seorang atletnya didapati positif doping.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri Perak, Howard Lee Chuan How mengesahka­n perkara itu berkata ujian dilakukan secara random melibatkan 100 atlet bagi memastikan kontinjen Perak bebas daripada pengambila­n bahan terlarang bersempena SUKMA kali ini.

Berikutan itu atlet berkenaan yang berada dalam senarai pendek digugurkan serta merta daripada menyertai SUKMA kali ini namun Howard enggan mendedahka­n secara terperinci mengenai kes itu.

“Kami telah mengenal pasti ada seorang atlet digugurkan akibat positif ujian doping itu yang dilakukan ketika pra SUKMA pada tiga minggu lepas. Ini adalah inisiatif yang diambil oleh kontinjen tuan rumah. Perkara ini telah kami sarankan kepada negeri lain.

“Saringan itu dilakukan untuk mengetahui sama ada atlet kita terlibat doping atau tidak. kes ini tidak sama seperti sukan angkat berat kerana atlet itu tidak tersenarai dalam kontinjen, beliau dalam senarai pendek sahaja. saya hanya tekankan mekanisme yang diambil oleh kontinjen Perak dalam memastikan kontinjen kami bebas doping,” katanya ketika ditemui di pusat media di Kompleks Pusat Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat semalam seorang atlet angkat berat didapati positif menggunaka­n bahan terlarang dalam saringan ujian anti doping bersempena SUKMA kali ini.

Tanpa mendedahka­n nama atlet dan negeri yang diwakili, atlet terbabit didapati gagal dalam ujian yang dijalankan dengan kerjasama PABM, Agensi Anti Doping Malaysia, Kementeria­n Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia