Utusan Borneo (Sarawak)

Menyamai rekod Sampras dengan 14 kejuaraan Grand Slam selepas tundukkan del Potro 6-3, 7-6(7/4) dan 6-3

-

NEW YORK, Amerika Syarikat ( AS): Novak Djokovic memenangi kejuaraan Terbuka AS buat kali ketiga dalam kariernya apabila menewaskan Juan Martin del Potro 6- 3, 7- 6( 7/ 4) dan 6- 3 di sini Ahad lepas, sekali gus menyamai rekod Pete Sampras memenangi 14 kejuaraan Grand Slam.

Djokovic, yang beraksi buat kali kelapan di final di sini dan sudah muncul juara pad 2011 dan 2015, kini kurang tiga kejuaraan Grand Slam di belakang Rafael Nadal dan enam di belakang pemegang rekod, Roger Federer.

Ia juga kali ketiga di mana jaguh dari Serbia itu – yang tidak beraksi tahun lepas kerana kecederaan – melengkapk­an kejuaraan Wimbledon- Terbuka AS.

“Saya mahu berkata kepada Pete, anda idola saya,” kata Djokovic.

“Kepada sokongan dari orang yang saya sayang, anak- anak, isteri, pasukan kecil saya yang bersamasam­a saya mengharung­i tempoh sukar,” tambah beliau, yang menjalani pembedahan pada kecederaan siku selepas Terbuka Australia pada bulan Januari.

Bagi Del Potro, pemain ranking ketiga dunia, ia pengalaman mengecewak­an selepas final kedua beliau pada satu kejohanan Grand Slam, sembilan tahun selepas memenangi Terbuka

Saya mahu berkata kepada Pete, anda idola saya. Novak Djokovic Juara dua kali Terbuka AS

AS sebelum berdepan dengan masalah kecederaan yang menyebabka­n beliau kemurungan dan hampir bersara sebagai pemain.

“Apabila saya menjalani pembedahan, saya boleh faham apa yang diharungi Juan Martin apabila beliau menjalani pembedahan yang menyebabka­nnya tidak dapat beraksi selama dua atau tiga tahun,” tambah Djokovic.

Ia adalah kemenangan ke- 15 Djokovic ke atas Del Potro dan yang kelima dari lima pertemuan pada satu kejohanan Grand Slam.

Ia hadir pada satu final yang kelihatan lebih tertumpu kepada perniagaan berbanding permainan menarik, satu kelegaan besar buat kejohanan yang masih terkena tempias kontrovers­i final wanita Sabtu lepas.

Keputusan itu juga bermakna 50 dari 55 kejuaraan Grand Slam dimenangi oleh empat pemain utama – Federer, Nadal, Djokovic dan Andy Murray.

“Saya berasa sangat gembira untuk bermain di final menentang lawan yang hebat,” kata Del Potro.

“Beliau tahu beliau adalah salah seorang rakan baik saya dalam sukan tenis dan beliau tahu beliau adalah seorang pemain yang saya mahu kalahkan. Sudah tentu saya sedih kerana kalah tetapi saya juga gembira dengan Novak. Beliau selayaknya menang.”

Dengan bumbung Stadium Arthur Ashe ditutup kerana hujan lebat melanda New York, permainan agak hambar dan perlahan.

Selepas mengutip dua mata dari tiga servis Del Potro, Djokovic, pada final ke- 23 beliau di Grand Slam, mendahului selesa 5- 3.

Del Potro hanya memberikan saingan yang kuat pada set kedua, membawa permainan ke tiebreak tetapi masih tetap gagal menewaskan Djokovic.

Set ketiga menyaksika­n Djokovic mendahului 3- 1 sebelum Del Potro berjaya bangkit seketika untuk mengikat kedudukan 3- 3.

Namun Djokovic tidak menoleh ke belakang selepas itu dengan memenangi tiga mata berturut- turut untuk mengesahka­n kejuaraan. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? DETIK GEMILANG: Djokovic menjulang trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaan menjuarai Terbuka AS selepas menewaskan Del Potro di New York, Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar Bernama DETIK GEMILANG: Djokovic menjulang trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaan menjuarai Terbuka AS selepas menewaskan Del Potro di New York, Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia