Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan Jelajah WTA sokong Serena dalam kontrovers­i seksisme

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Ketua Eksekutif Jelajah WTA, Steve Simons, Ahad lepas memberi sokongan kepada dakwaan Serena Williams di mana seksisme memainkan satu peranan dalam hukuman melanggar kod yang membangkit­kan kemarahan beliau di final Terbuka AS.

Williams menerima tiga penalti melanggar kod – dan satu potongan mata sebe- lum dipotong satu mata permainan – ketika tewas 6-2 dan 6-4 kepada Naomi Osaka di final.

Osaka menewaskan idola beliau itu untuk menjadi pemain Jepun pertama yang memenangi satu kejohanan Grand Slam tetapi kemenangan beliau dicemari kontrovers­i melibatkan Williams.

Jaguh tuan rumah itu mendakwa pengadil, Carlos Ramos, memberikan penalti yang tidak begitu ‘ serius’ dalam bahagian lelaki.

“Semalam ( Sabtu), ia membangkit­kan persoalan baharu sama ada standard perlu dipatuhi kepada pemain lelaki dan wanita untuk mereka yang mengadili perlawanan,” kata Simons dalam satu kenyataan.

“WTA (Persatuan Tenis Wanita) percaya seharusnya tiada perbezaan standard toleransi kepada emosi yang diluahkan oleh pemain lelaki dan wanita dan komited bekerja dengan sukan ini untuk memastikan semua pemain dilayan sama rata.

“Kami tidak percaya ia dilakukan malam semalam.”

Williams paling berang dengan penalti kesalahan pertamanya – kerana mendapat nasihat dari jurulatihn­ya.

Ia tidak jelas jika beliau ada melihat isyarat tangan diberikan oleh jurulatihn­ya, Patrick Mouratoglo­u yang duduk di tempat duduk pemain, dan Simons berkata sukan secara keseluruha­nnya harus menyemak peraturan tentang memberi nasihat dari luar.

“Kami juga memikirkan isu memberi nasihat ini perlu ditangani dan seharusnya dibenarkan dalam sukan ini,” kata beliau.

“WTA menyokong per- aturan memberi nasihat dalam gelanggang tetapi ia perlu disemak lagi.

“Perlawanan semalam menunjukka­n salah satu bintang baharu tenis dan juga salah seorang pemain terhebat,” kata Simons.

“Kami tidak sabar untuk perlawanan lebih menarik di antara dua bintang hebat ini dan berharap apa yang kita semua lihat semalam tidak berulang lagi.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Koulibaly (kanan) dan kapten Madagascar, Fanev Ima (L) bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi di Antananari­vo, Madagascar kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Koulibaly (kanan) dan kapten Madagascar, Fanev Ima (L) bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi di Antananari­vo, Madagascar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia