Utusan Borneo (Sarawak)

Gol jaringan Eriksen raikan kepulangan pemain utama Denmark daripada boikot

-

AARHUS, Denmark: Christian Eriksen menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Wales 2-0 dalam aksi Liga Negara UEFA (UNL) dengan pemain utama Denmark kembali beraksi selepas satu boikot pada perlawanan persahabat­an pada pertengaha­n minggu ekoran isu kontrak.

Eriksen, pemain kelab Tottenham Hotspur, meletakkan Denmark di hadapan selepas 30 minit permainan di Aarhus sebelum menambah jaringan pada minit ke-63 dari satu tendangan penalti selepas Ethan Ampadu terpegang bola dalam kotak penalti.

Denmark kini berada di tangga teratas kumpulan yang turut termasuk Republik Ireland, yang tewas 1- 4 kepada Wales pada perlawanan pertama Khamis lepas.

Persediaan Denmark terjejas dengan pertikaian di antara kesatuan pemain mereka dengan persatuan bola sepak Denmark (DBU) mengenai isu hak komersial.

I s u i t u b e r l a r u t a n menyebabka­n Denmark menurunkan pasukan yang terdiri dari pemain dari liga bawahan dan juga pemain futsal ketika tewas 0-3 kepada Slovakia tetapi kedua-dua pihak kelihatan ‘berdamai’ untuk satu perlawanan yang membolehka­n skuad terkuat diturunkan menentang Wales.

“Saya fikir tidak kira apa yang berlaku minggu ini, saya fikir ini adalah apa yang kami mahukan,” kata Eriksen, dengan pemain dan DBU berharap untuk mencapai satu persetujua­n menjelang perlawanan seterusnya bulan hadapan menentang Ireland.

“Kami mahu bermain, mahu menang dan mendapat permulaan yang baik pada pertanding­an ini. Ia permulaan yang baik dan satu perasaan yang baik untuk mengakhiri minggu yang pelik.”

Wales, yang dibimbing Ryan Giggs, berdepan dengan masalah mereka sendiri apabila masalah teknikal dengan jadual penerbanga­n menyebabka­n penangguha­n ketibaan di Denmark dan juga memaksa mereka membatalka­n sidang media sebelum perlawanan.

“Ia mengecewak­an untuk kalah. Kami sememangny­a mahukan kemenangan tetapi saya fikir kami harus melihatnya dari sudut positif,” kata Gareth Bale.

“Saya fikir kami kekal bersaing sehingga ke wisel penamat. Semuanya baharu untuk kami kerana kami masih dalam proses mendapatka­n keputusan dan bermain dengan baik.”

Thomas Delaney hampir membuka jaringan buat Wales tetapi rembatanny­a sedikit tersasar sebelum Bale, yang menjaringk­an gol ketika menewaskan Re- publik Ireland sebelum ini, melihat cubaannya terkena palang.

Eriksen membuka jaringan pada minit ke- 32 selepas menerima umpanan Henrik Dalsgaard sebelum menewaskan penjaga gol Wayne Hennessey.

Hennessey kemudian menepis cubaan Pione Sisto tidak lama selepas itu untuk mengekalka­n kedudukan 01 sehingga masa rehat.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringk­an gol tetapi Denmark menamatkan sebarang kebangkita­n Wales dengan gol kedua apabila Eriksen menyempurn­akan hantaran Viktor Fischer. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Eriksen (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan menentang Wales di Stadium Ceres Park, Aarhus kelmarin.
— Gambar Reuters CERIA: Eriksen (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan menentang Wales di Stadium Ceres Park, Aarhus kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia