Utusan Borneo (Sarawak)

Senegal dan Madagascar seri pada perlawanan tragik Piala Negara Afrika

-

ANTANANARI­VO, Madagascar: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan hampir 40 yang lain cedera dalam rempuhan manusia menjelang perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika di mana Madagascar bangkit dua kali sebelum mengikat Senegal 2-2 di sini Ahad lepas.

Angka kematian disahkan oleh pengarah sebuah hospital di ibu kota Antananari­vo, di mana perlawanan Kumpulan A dilangsung­kan di Stadium Mahamasina dengan 30,000 tempat duduk.

Saksi memberitah­u AFP berlaku rempuhan manusia di pintu masuk ke stadium sebelum sepak mula perlawanan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan.

Seorang mati dan 37 yang lain cedera, termasuk dua orang yang dikatakan dalam keadaan parah kerana kecederaan di kepala dan dada.

Penyokong berbaris di luar stadium sembilan jam sebelum permulaan perlawanan yang dinanti-nanti dengan bintang kelab Liverpool, Sadio Mane, berada dalam kesebelasa­n utama Senegal.

Keputusan seri itu menyebabka­n Senegal dan Madagascar – yang berada 83 anak tangga di belakang Senegal dalam ranking dunia – berkongsi sebagai pendahulu Kumpulan A dengan masingmasi­ng empat mata selepas dua perlawanan.

Senegal menewaskan Equatorial Guinea 3-0 pada perlawanan pertama 15 bulan yang lalu sementara Madagascar menewaskan Sudan 3-1 di gelanggang lawan.

Moussa Konate membuka jaringan buat Senegal pada minit ke- 27 tetapi Paulin Voavy mengikat kedudukan seminit sebelum rehat.

Keita Balde meletakkan Senegal kembali di hadapan pada minit ke-62 tetapi pemain pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly, tertolak bola ke pintu golnya sendiri lima minit kemudian untuk memberikan gol penyamaan Madagascar.

Mane, yang menjaringk­an gol keempat beliau musim ini bersama Liverpool ketika menewaskan Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris, dikawal ketat oleh pertahanan Madagascar.

Juara dan naib juara kumpulan akan layak ke Piala Negara Afrika 2019 yang akan berlangsun­g di Cameroon, di mana ia adalah kali pertama memaparkan 24 pasukan berbanding 16 pada tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia