Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Betong 2018: Saribas United tewaskan Jang BS

-

BETONG: Muhammad Ramadhan Jaimin menjadi wira pasukan Saribas United apabila menjaringk­an gol kemenangan untuk menewaskan Jang BS dengan jaringan 2-1 pada kejohanan Liga Betong 2018 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Betong petang kelmarin.

Kemenangan Saribas United menjadikan peluang lebih terbuka untuk perebutan takhta liga kumpulan B untuk merebut slot beraksi pada final Liga Betong 2018.

Kekuatan seimbang pada awal babak pertama namun Jang BS menguasai permainan yang menyajikan permainan pantas dengan menurunkan barisan pemain muda Sarawak.

Jang BS terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi Alby Mustaffa Alba yang meluru pantas setelah menerima lorongan bola daripada rakan yang meledak gol pada minit ke-29, memberi kelebihan awal pasukan Jang BS untuk memenangi perlawanan.

Namun nasib tidak menyebelah­i mereka untuk mudah melayakkan diri secara merit ke pentas final Piala Liga Betong 2018.

Permainan separuh masa pertama banyak dikuasai Jang BS namun beberapa serangan yang dilakukan berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan dan sepakan berjaya diselamatk­an penjaga gol lawan.

Separuh kedua, Jang BS berpeluang menambah jaringan sekali lagi menerusi Alby Mustaffa yang melepaskan tendangan dari jarak 30 meter dari pintu gol lawan pada minitminit awal separuh masa kedua yang hampir menghasilk­an gol namun terkena palang.

Alby Mustaffa sekali lagi hampir meledakkan gol setelah menerima hantaran rakan di luar petak penalti pada minit ke-52 yang terus ke dakapan penjaga gol lawan.

Selang seminit kemudian, Alby Mustaffa sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila tendangann­ya nyaris ke penjuru gol dan sekali lagi terkena palang.

Belum pun sempat menarik nafas lega, barisan serangan Saribas United menyerang balas namun pertahanan Jang BS yang tersentak terpaksa mengekang keras penyerang lawan sehingga pengadil melayangka­n kad merah kepada Abbel Awkensivie pada minit ke-55.

Meskipun kehilangan seorang pemain, Jang BS terus menguasai permainan tetapi kehebatan penjaga gol lawan yang banyak menyelamat­kan serangan menidakkan untuk mereka mencari gol.

Buntu menghasilk­an gol Jang BS mengubah strategi dengan mengeluark­an beberapa pemain namun sukar mencari keserasian menyebabka­n mereka sering diberi tekanan oleh lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia