Utusan Borneo (Sarawak)

Serian Project Team julang Piala Sumbangsih Liga Serian LSC 2018

-

KUCHING: Serian Project Team memulakan kempen Liga Serian LSC 2018 dengan langkah kanan selepas menjuarai Piala Sumbangsih pada aksi pembuka tirai berlangsun­g di Kompleks Sukan Serian kelmarin.

Serian Project Team menang dengan menewaskan musuh tradisi, MARR SC 9- 8 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua- dua pasukan terikat 2- 2 pada masa perlawanan sebenar.

Perlawanan itu turut menyaksika­n dua kad merah dilayangka­n kepada pemain MARR SC Lues Sylvester Ringgit ( 72) dan Saravanan Muthia ( 75) selepas keduaduany­a mengutip dua kad kuning.

Serian Project Team terlebih dahulu di depan pada minit ke- 19 menerusi jaringan Muhammad Nur Marwan Musa.

Kelebihan itu bagaimanap­un hanya bertahan tiga minit apabila giliran MARR SC menjaringk­an gol menerusi Azuan Abu Jayer.

Bekas pemain Sarawak, Sanjos Sundawat meletakkan MARR SC di hadapan dengan menyempurn­akan sepakan penalti pada minit ke- 52.

Namun, Serian Project Team berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-80 selepas Saravanan mengkasari penyerang lawan dalam petak penalti.

Meskipun berkelebih­an dua pemain, Serian Project Team gagal menambah jaringan hingga tamat masa permainan memaksa juara ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti sebelum memuktamad­kan kemenangan dengan jaringan 9- 8.

Perlawanan kelmarin turut disaksikan ADUN Bukit Semuja John Ilus yang terdahulu merasmikan sepak mula Liga Serian LSC 2018.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Serian Phillip Jabu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Sarawak ( FAS) Jeffery Lana, Pengurus Sarawak Awang Mahyan Awang Mohamed dan Ketua Jurulatih Sarawak Ian Andrew Gillan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia