Utusan Borneo (Sarawak)

Perisik berpaling tadah dalam filem ‘Salt’ lakonan di TV2

-

KISAH perisik yang berpaling tadah menyelamat­kan dunia daripada konflik besar bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi filem Inggeris, ‘Salt’ pada jam 9.30 malam ini (11 September), mengisi slot Blockbuste­r di TV2.

Menyaksika­n lakonan mantap Angelina Jolie, Liev Schreiber, Chiwetel Ejiofor dan Daniel Olbrychski, filem arahan Phillip Noyce ini, penonton diajak menyaksika­n aksi dan babak mendebarka­n watak utama Evelyn Salt, seorang pengintip wanita dari Rusia yang telah berjaya menyusupi masuk ke dalam pasukan perisikan Amerika Syarikat.

Merupakan seorang pegawai CIA, dia telah disahkan oleh seorang ketua perisik Rusia sebagai ejen KGB dengan nama asal Chenkov.

Dengan kebocoran maklumat tersebut, pihak CIA mula meragui identiti Salt sementara KGB telah menjejaki suaminya. Salt kemudianny­a melarikan diri bagi menyelamat nyawa suaminya.

Mulai saat itu Evelyn dikejar dan cuba ditangkap oleh pihak CIA. KGB mahukan Evelyn melaksanak­an tugas untuk membunuh presiden Rusia semasa lawatannya ke Amerika Syarikat dan juga mengarahka­nnya untuk membunuh presiden Amerika kerana mahu mewujudkan konflik dua kuasa besar tersebut.

Pihak KGB yang tidak mahu dia berkahwin dengan warga asing telah membunuh suaminya di hadapan matanya. Sejak itu dia bertekad untuk membalas dendam.

Dalam operasinya membunuh Presiden Amerika Syarikat, dia mendapati mentornya Winter juga ejen KGB yang telah menyusup masuk menjadi pegawai tinggi CIA.

Dia telah membunuh Winter yang terlebih dahulu cuba membunuh presiden dan menyelamat­kan dunia daripada konflik peperangan nuklear.

Penghujung cerita adakah Evelyn Salt berjaya ditangkap?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? MALAM INI: Angelina Jolie sebagai watak utama seorang pengintip wanita dalam filem ‘Salt’ mengisi slot Blockbuste­r malam ini di TV2.
MALAM INI: Angelina Jolie sebagai watak utama seorang pengintip wanita dalam filem ‘Salt’ mengisi slot Blockbuste­r malam ini di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia