Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia tuduh AS guna fosforus putih dalam pengeboman di timur Syria

-

MOSCOW: Rusia kelmarin menuduh Amerika Syarikat (AS) melakukan pengeboman menggunaka­n fosforus putih di timur Syria terhadap sasaran tentera di kawasan awam, yang telah diharamkan di bawah undang- undang antarabang­sa.

“Dua pesawat F- 15 AS telah melakukan pengeboman pada 8 September ( Sabtu) menyasarka­n kawasan Hajin di wilayah Deir Ezzor menggunaka­n peluru fosforus yang boleh menyebabka­n kebakaran,” kata jeneral Rusia Vladimir Savtchenko dalam satu kenyataan.

“Serangan ini mengakibat­kan pertempura­n sengit. Kami telah mengesahka­n maklumat yang berkaitan dengan kemungkina­n kematian dan kecederaan,” tambah beliau.

Di Syria, kumpulan pejuang jihad Negara Islam (IS) masih mengawal satu bahagian di Deir Ezzor di antara Sungai Euphrates dan sempadan Iraq, dan masih berada di gurun Syria yang luas.

Satu pakatan antarabang­sa yang diketuai oleh AS telah membantu pakatan terdiri daripada pejuang Kurdish dan Arab dari Pasukan Demokratik Syria (FDS) yang selama beberapa bulan telah melakukan serangan bagi mengusir IS.

Pihak tentera Rusia, yang campurtang­an dari segi ketenteraa­n sejak 2015 di Syria untuk menyokong pasukan tentera sekutunya Presiden Bashar al- Assad, dituduh pada Mac oleh Syrian Ob- servatory for Human Rights sebagai telah menggunaka­n bom mudah terbakar semasa serangan rejim terhadap kubu kuat pemberonta­k di Ghouta Timur berhampira­n Damsyik.

Moscow telah menolak dakwaan itu sebagai satu “penipuan yang memalu- kan”.

Penggunaan fosforus putih adalah tidak dibenarkan di bawah Konvensyen Geneva bagi penggunaan terhadap orang awam dan terhadap sasaran tentera yang sahih di kawasan- kawasan yang mempunyai populasi besar orang awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia