Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata serang bas di Cameroon, pemandu maut

-

YAOUND: Seorang pemandu bas terbunuh dan beberapa orang lagi tercedera dalam serangan ke atas satu konvoi bas penumpang di timur laut Cameroon yang dilanda ketegangan, menurut badan penyiaran awam pada lewat kelmarin.

Serangan dilancarka­n oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada malam Sabtu itu merupakan keganasan terbaharu di wilayah terpencil ini, di mana puak pemisah yang berbahasa Inggeris telah mengumumka­n sebuah negara bebas.

Imej yang dikongsika­n dalam media sosial mengenai insiden itu kelihatan menunjukka­n lima bas dengan bahagian cermin depan dan bumbungnya dipecahkan oleh peralatan pembinaan.

Beberapa saksi memberitah­u media tempatan bahawa penyerang turut menggunaka­n peralatan berat bagi menggali satu lubang besar di tengah jalan, yang sedang menjalani pembaikpul­ihan di kampung Akum berhampira­n bandar Bamenda.

Penyerang “telah memecah masuk ke dalam kawasan pembinaan dan merampas sebuah jentera penggali yang mereka gunakan untuk menggali sebuah lubang di jalan raya”, menurut seorang pekerja syarikat kerja raya yang menguruska­n projek berkenaan.

Keganasan puak pemisah di dua wilayah minoriti berbahasa Inggeris di Cameroon – Barat laut dan Barat daya – telah menyebabka­n beberapa kematian dan kira-kira 200,000 kehilangan tempat tinggal sejak lewat 2016.

Kemarahan selama beberapa tahun terhadap diskrimina­si yang dilakukan di tangan penduduk majoriti berbahasa Perancis di Cameroon telah membawa kepada tindakan keganasan dan serangan hampir setiap hari, mencetuska­n serangan ketenteraa­n.

Seramai 109 anggota polis dan pasukan keselamata­n telah terbunuh, menurut kiraan pihak kerajaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia