Utusan Borneo (Sarawak)

Mesir akan bebas wanita dipenjara kerana dakwa diganggu secara seksual

-

KAHERAH: Mesir akan membebaska­n seorang wanita Lubnan yang dipenjarak­an selama lapan tahun kerana “membahayak­an” rakyatnya selepas mendakwa dalam sebuah rakaman video bahawa dia telah diganggu secara seksual, kata seorang sumber kehakiman kelmarin.

Pelancong Mona alMazbouh ditangkap pada lewat Mei di lapangan terbang Kaherah ketika dia bersedia untuk meninggalk­an Mesir, dan dia telah dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun pada Julai.

Dia telah menyiarkan sebuah video dalam Facebook, yang dikongsika­n secara meluas, menyatakan dia menjadi mangsa gangguan seksual di jalan raya dan menuduh rakyat Mesir merahsiaka­nnya.

Dia merayu terhadap keputusan itu dan ia telah diterima oleh sebuah mahkamah Kaherah, menurut sumber kehakiman. Mahkamah turut meringanka­n hukumannya kepada tempoh penjara yang ditangguhk­an setahun.

Peguamnya, Emad Kamal, menyatakan bahawa Mazbouh boleh meninggalk­an Mesir “dalam masa beberapa hari lagi” selepas membayar denda sebanyak 30,000 pound Mesir.

Pada mulanya pihak pendakwaan menuduh dia “menyebarka­n khabar angin palsu dan merosakkan agama” sebelum mendapati dia bersalah kerana “membahayak­an rakyat Mesir”.

Tuduhan Mazbouh telah menimbulka­n reaksi marah dalam talian, dengan beberapa rakyat Mesir menggesa penahanan dia dan mengemukak­an satu aduan terhadap dia.

Namun dia telah memuat naik video kedua menegaskan dia tidak bermaksud untuk menghina negara itu secara keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia