Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelamat cari penyanyi pop Jerman hilang di laut

-

MONTREAL: Beberapa anggota penyelamat kelmarin secara aktif mencari seorang bintang pop Jerman yang hilang ketika dalam pelayaran di luar pantai Kanada, menurut Tentera Laut Diraja Kanada.

Penyanyi pop berusia 33 tahun, Daniel Kueblboeck, dipercayai telah melompat dari kapal pelayaran AIDAluna kirakira 200 kilometer di St. Johns, Newfoundla­nd dan Labrador, menurut syarikat pelayaran tersebut.

Seorang penumpang telah dilihat terjun ke dalam laut, dan pemeriksaa­n ke atas bot kemudian mendapati bahawa penyanyi itu telah hilang, menurut syarikat pelayaran lagi.

Kueblboeck belayar sendirian, dan bukan dalam kumpulan lawatan, menurut sumber yang sama.

Satu amaran telah dibunyikan pada awal kelmarin. Sebuah helikopter tentera dan sebuah pesawat pemerhati telah dihantar ke kawasan tersebut, termasuk dua kapal.

“Mereka telah dikerah ke kawasan tersebut dan tiba pada tengah hari,” jurucakap tentera Mark Gough memberitah­u AFP.

“Pencarian masih lagi dilakukan.”

Selepas keadaan gelap, unit laut dan udara terpaksa dikurangka­n disebabkan oleh masalah penglihata­n.

Namun sebuah kapal Pengawal Pantai yang lebih kecil meneruskan misi semalaman hingga semalam, kata jurucakap Tentera Laut.

Kueblboeck menjadi terkenal di Jerman selepas dia mengambil bahagian pada 2002 dan pada awal 2003 dalam satu rancangan realiti negara yang terkenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia