Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda didakwa bunuh lima sekeluarga

Mangsa jenayah kejam berhampira­n barat daya Perth itu termasuk tiga kanak-kanak

-

PERTH: Seorang pemuda telah didakwa terbabit pembunuhan lima orang termasuk tiga kanak-kanak, kata polis Australia semalam, selepas satu pembunuhan beramai-ramai di sebuah rumah subbandar.

Polis telah menemui mayat tiga kanak- kanak perempuan, termasuk mayat ibu dan nenek mereka di sebuah rumah teres keluarga berhampira­n bandar barat daya Perth kelmarin.

Penemuan yang mengerikan itu muncul selepas seorang lelaki berusia 24 tahun, yang tidak dinyatakan namanya, datang ke sebuah balai polis di sebuah kawasan perlombong­an terpencil kirakira 1,500 kilometer di utara bandar.

Dia telah dijangka akan muncul di mahkamah melalui hubungan video pada lewat semalam.

Keluarga tersebut tidak dikenal pasti secara rasmi, namun media Australia menamakan si ibu sebagai Mara Quinn, seorang pekerja tidak tetap – yang diterbangk­an secara sementara ke sebuah lokasi terpencil bagi satu tempoh masa tertentu – untuk sebuah firma perlombong­an Australia Barat.

Anak- anaknya telah dinamakan sebagai anak perempuan berusia tiga tahun enam bulan Charlotte dan pasangan kembar dua tahun Alice dan Beatrix, serta ibunya Beverley Quinn, 74.

Polis tidak mengeluark­an maklumat mengenai bila dan bagaimana mereka telah dibunuh, atau hubungan keluarga dengan lelaki berkenaan.

Satu profil Facebook dipercayai milik Mara Quinn telah menunjukka­n dia memangku bayinya, dengan seorang lelaki di sampingnya, serta menyatakan bahawa dia telah bertunang pada Ogos 2014.

Satu senarai hartanah menunjukka­n sebuah rumah sederhana besar dengan tiga bilik tidur dan sebuah garaj yang luas.

“Dia seorang yang kurang bernasib baik dalam percin- taan sebelum dia menemui lelaki itu,” seorang teman memberitah­u media Fairfax. “Maka (apabila mereka bersama) ia adalah seperti ‘yay, sekarang dia akan memulakan sebuah keluarga’.”

Seorang jiran memberitah­u ABC bahawa dia telah pulang selepas satu percutian berdepan dengan “keadaan sunyi di kawasan tersebut”.

“Kami menyedari bahawa rumah sebelah agak senyap, yang merupakan sesuatu yang luar biasa,” Richard Fairbrothe­r, yang tinggal di sebelah rumah keluarga tersebut, berkata.

“Kami dapat mendengar dan melihat kanak- kanak bermain di laman belakang dengan kerap.”

Jiran tetangga yang lain menyatakan sebuah komuniti yang terkejut di mana mereka adalah rapat, tenang dan aman.

Pembunuhan beramai-ramai adalah jarang berlaku di Australia, namun ini keliha- tan sebagai tragedi keluarga ketiga seumpama ini yang melanda Australia Barat sejak beberapa bulan ini.

Pada Julai lepas seorang lelaki dituduh membunuh ibu dan dua adik-beradiknya. Seorang datuk menembak mati isteri, anak perempuan dan empat anaknya dalam pembunuhan- bunuh diri pada Mei lepas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Greg Wood/AFP ?? LOKASI JENAYAH: Kereta polis dilihat di luar sebuah rumah di mana polis menemui lima mayat di subbandar berhampira­n bandar barat daya Perth semalam.
— Gambar Greg Wood/AFP LOKASI JENAYAH: Kereta polis dilihat di luar sebuah rumah di mana polis menemui lima mayat di subbandar berhampira­n bandar barat daya Perth semalam.
 ?? — Gambar Greg Wood/AFP ?? MANGSA BUNUH: Polis forensik (kiri) dan pegawai lain memindahka­n mayat mangsa dari sebuah rumah di subbandar berhampira­n bandar barat daya Perth semalam.
— Gambar Greg Wood/AFP MANGSA BUNUH: Polis forensik (kiri) dan pegawai lain memindahka­n mayat mangsa dari sebuah rumah di subbandar berhampira­n bandar barat daya Perth semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia