Utusan Borneo (Sarawak)

Dua hospital dibuka semula di Mosul

-

MOSUL: Dua hospital dibuka semula kelmarin di sektor barat yang mengalami kemusnahan teruk di Mosul, setahun selepas pasukan keselamata­n Iraq merampas semula bandar itu daripada kumpulan Negara Islam (IS).

Hospital – sebuah adalah pusat kecemasan, sebuah lagi mengkhusus dalam bidang ginekologi dan obstetrik – menggantik­an bangunan yang telah musah dalam pertempura­n yang berakhir dengan kekalahan pejuang jihad di bandar itu sejak Julai 2017.

Pusat kecemasan itu mempunyai 75 katil dan hospital yang satu lagi memilki 50 katil, menjadikan jumlah katil di wilayah Nineveh hingga 1,000.

Namun ini masih lagi di bawah 6,000 yang terdapat sebelum IS merampas ka- walan ke atas Mosul pada 2014, menurut Falah alTai, seorang doktor yang mengetuai sektor kesihatan di wilayah itu.

“Sektor kesihatan di wilayah ini telah mengalami banyak kerosakan, namun kerajaan pusat di Baghdad telah memberikan ia sedikit kepentinga­n,” kata beliau.

Beberapa organisasi kemanusiaa­n telah memenuhi ruang tersebut, tambah Tai.

Bangunan baharu merupakan unit dibina secara pasang siap, yang telah dipasang di beberapa kawasan hospital asal.

“Penyumbang tidak mempunyai keyakinan terhadap institusi awam” di Iraq, menurut Alaa Abdel Sada dari NGO Dari, yang mengetuai pembukaan semula hospital dengan pembiayaan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Waleed Al-Khalid/AFP ?? DIBUKA SEMULA: Ahli keluarga melawat pesakit di hospital al-Jamhuri yang dibuka semula di Mosul, kelmarin.
— Gambar Waleed Al-Khalid/AFP DIBUKA SEMULA: Ahli keluarga melawat pesakit di hospital al-Jamhuri yang dibuka semula di Mosul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia