Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan mahu lihat perubahan harga rumah selepas pengecuali­an SST

-

GEORGE TOWN: Kerajaan persekutua­n mahu melihat lebih banyak respons positif daripada penggiat industri perumahan susulan pengumuman bahawa perkhidmat­an pembinaan dikecualik­an daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berharap dapat melihat sekurang- kurang- nya beberapa perubahan harga rumah pada masa depan memandangk­an kerajaan tidak mengutip cukai ke atas perkhidmat­an pembinaan.

Beliau menjelaska­n bahawa harga kereta turun sejak pelaksanaa­n SST, dan harus ada respons positif daripada sektor perumahan.

“Kami harap terdapat sekurang- kurangnya be- berapa perubahan pada harga rumah, dan menjangkak­an dapat melihat sambutan positif pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau mengulas laporan di portal berita dalam talian yang memetik bekas pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah ( REHDA) Pulau Pinang Datuk Jerry Chan bahawa harga rumah tidak mungkin turun walaupun selepas pengumuman kerajaan mengenai pengecuali­an SST ke atas bahan binaan tertentu.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan akan mengkaji kadar cukai korporat semasa agar negara dapat mengekalka­n daya saingnya di rantau ini.

Dalam pandangan peribadiny­a, Lim berkata beliau tidak berniat untuk menaikkan kadar cukai korporat, namun situasi kewangan semasa negara menjadikan­nya sukar bagi kerajaan untuk membuat keputusan.

“Kami mengambil maklum bahawa negara jiran kita telah mengurangk­an cukai korporat, malah Amerika Syari- kat telah mengurangk­annya daripada 35 peratus kepada 21 peratus.

“Berdasarka­n kedudukan kewangan semasa negara, jika kita mampu mengurangk­annya, kita akan mengurangk­an kadar korporat, tetapi jika tidak kita akan menimbangk­an pilihan lain,” katanya.

Beliau berkata pengumuman kadar baharu cukai korporat akan dibuat semasa pembentang­an Belanjawan 2019 oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 2 Nov di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Lim bersama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri T Subromania­m menghadiri taklimat SST dengan pemain industri di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia