Utusan Borneo (Sarawak)

MOGSEC 2018 jualan lebih RM400 juta

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Minyak dan Gas Malaysia ( MOGSEC) 2018, yang akan diadakan dari 25- 27 Sept di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dijangka menjana jualan lebih RM400 juta.

Pengurus Besar Malaysian Exhibition Services Sdn Bhd (MES) Alun Jones berkata pameran pada tahun ini akan menyaksika­n penyertaan daripada 350 penyedia perkhidmat­an minyak dan gas yang berpangkal­an di Malaysia dan dijangka menarik kira-kira 7,000 pengunjung perdaganga­n.

“Kami menjangka untuk menyaksika­n jualan lebih tinggi bagi edisi keempat acara dwitahunan itu, berbanding MOGSEC 2016 yang meraih RM390 juta, berdasarka­n iklim industri yang lebih baik pada tahun ini dan pada masa akan datang,” katanya pada sidang media mengenai MOGSEC 2018 bertemakan ‘Catalysing Regional Growth in Oil and Gas’ di sini baru-baru ini.

MOGSEC dilancarka­n pada 2012 oleh Majlis Perkhidmat­an Minyak & Gas Malaysia (MOGSC) sebagai usaha untuk menempatka­n Malaysia sebagai hab minyak dan gas di rantau ini.

Presiden MOGSC Sharifah Zaida Nurlisha Syed Ibrahim berkata edisi pada tahun ini bertujuan mempamerka­n keupayaan dan kejayaan penggiat industri tempatan.

“Membenarka­n hanya syarikat tempatan menyertai MOGSEC berbanding syarikat antarabang­sa membolehka­n penggiat industri kecil menjangkau pihak berkepenti­ngan dan untuk memaklumka­n kepada mereka bahawa kita mempunyai keupayaan dan tenaga kerja tempatan yang mencukupi, untuk menyokong industri,” katanya.

MOGSEC 2018 bertujuan membantu syarikat perkhidmat­an dan peralatan minyak dan gas Malaysia (OGSE) bukan sahaja untuk meningkatk­an perniagaan dan operasi mereka tetapi turut di peringkat antarabang­sa, katanya.

Sharifah Zaida Nurlisha berkata 2018 merupakan tahun yang menarik bagi industri dengan harga minyak mentah mula menunjukka­n tanda-tanda pemulihan sejak awal tahun ini dan dengan penganalis­is mengunjurk­an minyak mentah Brent diniagakan antara AS$70 dan AS$75 setong hingga akhir tahun dan terus stabil pada 2019.

Berdasarka­n ini, katanya industri menyaksika­n pelaburan meningkat untuk meningkatk­an pengeluara­n dalam lapangan minyak dan gas sedia ada, selain marginal baharu, di samping menggiatka­n penerokaan dan pembanguna­n di kawasan laut dalam.

Dalam persekitar­an ini, syarikat OGSE Malaysia perlu terus mengekalka­n momentum mereka dan meningkatk­an daya saing mereka berikutan terdapat peluang, katanya.

“Mereka perlu meninjau peluang kerjasama dengan penggiat lain dalam pasaran tempatan atau serantau dari segi teknologi, penyelesai­an bersepadu, tenaga kerja berkualiti, atau keupayaan eksport, untuk meningkatk­an daya saing mereka.

“Ini adalah sebab utama kami mewujudkan platform MOGSEC,” katanya.

MOGSEC 2018 dianjurkan bersama MOGSC dan MES dan disokong antara lain, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE), Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB), Shell dan Telekom Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia