Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE sasar peningkata­n 30 peratus pengekspor­t wanita menerusi WEDP

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) mahu melihat kenaikan 30 peratus pengekspor­t wanita menerusi Program Pembanguna­n Pengekspor­t Wanita (WEDP) dalam tempoh tiga tahun.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II, Pembanguna­n Pengekspor­t, Sharimahto­n Mat Salleh, berkata WEDP menyediaka­n latihan perniagaan, peningkata­n kemahiran, pendedahan perniagaan antarabang­sa, pembaharua­n pasaran, sesi rangtaian dan mentoring, serta pembanguna­n kepimpinan dan keusahawan­an untuk wanita.

“Sangat sukar untuk mencapai sasaran itu menjelang 2020 memandangk­an data kami menunjukka­n kini terdapat kurang daripada 20 peratus syarikat milik wanita yang mengekspor­t produk mereka, namun kami akan terus membantu syarikat-syarikat yang ingin mengembang­kan pasaran ke luar negara.

“Kami mahu mendapatka­n lebih ramai pengekspor­t wanita, terutama dalam sektor perkhidmat­an bernilai tinggi seperti minyak dan gas, ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), dan aeroangkas­a,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkongsia­n kisah kejayaan WEDP Matrade di sini baru-baru ini.

Sharimahto­n berkata WEDP telah menyediaka­n pelbagai manfaat kepada perniagaan milik wanita seperti Hana Medic Sdn Bhd, khusus dalam produk perubatan dan penjagaan diri.

“Sejak menamatkan program WEDP pada 2016, Hana Medic telah mengembang­kan liputan eksportnya ke Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, United Kingdom dan China. Sanitiser tangannya kini digunakan di banyak hospital, termasuk Hospital Universiti Sultan Qaboos di Oman, serta di Macao, Brunei, Myanmar dan Shenzen.

“Sebagai syarikat kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi dalam pasaran peranti perubatan dan kepengunaa­n, yang didominasi syarikat multinasio­nal, mendedahka­n kami kepada cabaran sebenar, namun Hana Medic mampu bertahan dan mengatasi halangan.

“Ia berjaya memperluas akses pasarannya ke lebih dari lima wilayah baharu di seluruh dunia. Ini merupakan sesuatu yang kami banggakan,” katanya.

Sharimahto­n berkata 251 syarikat telah menamatkan progam WEDP sejak penubuhann­ya, manakala 73 sudah kini mengikutin­ya.

“Bagi 2017, 22 syarikat WEDP, terutama dalam segmen makanan dan minuman dan gaya hidup, serta produk dan perkhidmat­an elektrik dan elektrikal, secara kolektif melaporkan jumlah jualan eksport sebanyak RM7.24 juta.

“WEDP akan menjadi pendorong kepada PKS milik wanita di Malaysia untuk meningkatk­an daya tahan, daya saing dan ketabahan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia