Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE sasar 1,000 sesi pemadanan perniagaan pada CAEXPO 2018

-

NANNING: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) sedang giat menggandak­an pemadanan perniagaan Malaysia- China kepada lebih daripada 1,000 sesi semasa Ekspo ChinaASEAN Ke-15 (CAEXPO) 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir Dr Mohd Shahreen Zainooree Madros berkata, semasa CAEXPO 2017, 500 pemadanan perniagaan telah dianjurkan.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada Isnin, beliau berkata, ini adalah untuk membantu pempamer kali pertama, yang membentuk kira- kira 60 peratus daripada jumlah peserta untuk mendapatka­n rakan kongsi tempatan.

Secara keseluruha­n, terdapat 174 peserta pameran yang mengambil 180 gerai pameran di CAEXPO 2018.

Beliau berkata, CAEXPO adalah platform yang dikenali sebagai satu daripada gerbang utama untuk memasuki China dan juga pasaran ASEAN yang lain.

“Sebanyak 1,000 pemadanan perniagaan akan diadakan dalam sesi selama dua hari, bukan hanya untuk mempromosi­kan produk tetapi juga untuk membantu mereka merealisas­ikan eksport dan perdaganga­n.

“Dalam tempoh bebe- brapa tahun yang lalu, perdaganga­n kita dengan China adalah baik. Pada separuh pertama tahun ini, kita melihat pertumbuha­n tujuh peratus dalam perdaganga­n dua hala antara Malaysia- China dan ini menunjukka­n minat yang kukuh dari rakyat China terhadap produk kita,” katanya.

Mohd Shahreen berkata, CAEXPO, sebagai pameran terbesar yang disertai MATRADE sahaja telah membolehka­n lebih daripada 1,600 perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) Malaysia berdagang dengan China.

Oleh itu, ia meningkatk­an kehadiran dan jangkauan kedudukan Malaysia sebagai sumber import terbesar China di rantau Asia Tenggara.

Selain mengukuhka­n promosi dan pembinaan jenama di bandar raya peringkat kedua dan ketiga di China, ia juga aktif melibatkan rakan- rakan e- dagang yang terkenal di China.

“Kami mempunyai 12 rakan kongsi strategik seperti Alibaba, Tmall, jd.com, Ule. com dan 1688. com,” katanya.

Pada tahun ini, sektor fokus MATRADE untuk CAEXPO adalah makanan dan minuman, kesihatan dan kesejahter­aan, gaya hidup dan perkhidmat­an.

Sejumlah 12 kementeria­n dan agensi kerajaan Malaysia turut mengambil bahagian dalam ekspo itu, yang diadakan mulai 12 hingga 15 September 2018.

Secara keseluruha­nnya, jualan sebanyak RM450 juta dijangka dihasilkan sepanjang ekspo tersebut, berbanding RM405.50 juta yang dicatatkan setahun lalu.

Bagi pempamer kali pertama, Lee Fah Mee Sdn Bhd, ia berharap dapat mengekspor­t makanan segera, iaitu Laksa Sarawak ke China tahun depan.

“Kami sudah pun berjaya menembusi pasaran Australia dan Singapura dan berminat untuk melakukann­ya dengan baik di China,” kata Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Wilson Chai kepada Bernama.

Begitu juga pengeluar kosmetik, Skymatics Holdings Sdn Bhd juga yakin mampu menembusi pasaran China tahun depan selepas empat tahun mempamerka­nnya di CAEXPO.

Syarikat tersebut berada di peringkat akhir mendapatka­n kelulusan untuk memasuki pasaran tersebut setelah berjaya membina rangkaian di bandar raya peringkat kedua melalui CAEXPO dan kini mencari rakan kongsi dari bandar raya peringkat pertama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia