Utusan Borneo (Sarawak)

Ada keadaan pengecuali­an dibuat berdasar maklum balas industri

-

ALOR SETAR: Kerajaan bersedia menyemak semula senarai barangan yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi melihat jika terdapat keperluan untuk mengecuali ataupun mengurangk­an kadar cukai barangan tersebut.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun senarai barangan itu secara prinsipnya telah dimuktamad­kan, namun ada keadaan di mana pengecuali­an SST perlu dibuat setelah mendapat maklum balas daripada pemain industri melalui lawatan dan pemeriksaa­n yang dijalankan menteri berkaitan.

“Kita akan melihat keperluan terlebih dahulu, sebab semak ( senarai barangan dikenakan SST) dan mengurangk­an (kadar cukai SST) bermaksud kekurangan hasil kepada kerajaan, jadi kerajaan harus cermat dalam meneliti.

“Sesuatu item yang kerajaan nak kecualikan (SST) kerajaan kena kira dulu, contohnya lima peratus kita turunkan kutipan cukai, membawa kehilangan hasil berapa, jadi aspek itu diberikan tumpuan oleh menteri kewangan,” katanya selepas mengadakan pemeriksaa­n SST di pusat servis Perodua di sini, semalam.

Setakat ini, sebanyak 5,443 barang dikecualik­an SST, berbanding kira- kira 500 barang saja ketika rejim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) manakala 5,612 dikenakan cukai jualan 10 peratus selain lebih 600 barangan bagi cukai jualan sebanyak lima peratus.

Bagaimanap­un setelah ka- dar cukai dikurangka­n atau pengecuali­an cukai diberikan, beliau berharap agar pihak berkaitan dapat menurunkan harga sesuatu barangan kerana kos pengeluara­n telah diturunkan.

Sehubungan itu Saifuddin berkata, buat masa ini beliau akan mengurangk­an masa duduk di pejabat dan akan lebih menumpukan kepada aktiviti turun padang bertemu peniaga, pengilang dan pemain industri bagi mengetahui kekangan dan permasalah­an yang dihadapi mereka.

Mengulas pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan pengecuali­an SST bagi beg plastik beras, beliau berkata, beliau akan cuba berbincang dengan Guan Eng jika terdapat keperluan untuk turut mengecuali­kan SST bagi kilang pengeluara­n makanan yang turut menggunaka­n bahan sama.

“Jadi oleh kerana pelaksanaa­n (SST) masih lagi di peringkat awal saya tengok Kementeria­n Kewangan agak fleksibel dalam membuat keputusan tentang suatu item yang boleh dikecualik­an,” katanya yang menyambut baik keputusan tersebut.

Sejak pelaksanaa­n Operasi Catut 5.0 yang bermula 8 Ogos hingga 3 Sept lalu, sebanyak 3,084 premis telah diperiksa, iaitu 147 premis pengilang, pengimport (15), pengedar (34), pemborong (223) serta peruncit sebanyak 2,665 premis dengan keseluruha­n barangan berjumlah 88,298.

Sebanyak 434 notis telah dikeluarka­n di bawah Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, serta 387 notis di bawah Seksyen 53(a) AKHAP 2011. — Bernnama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Saifuddin Nasution (tengah) pada sidang media selepas mengadakan pemeriksaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an di MBM Distributi­on sdn bhd (PERODUA) Kawasan Perusahaan Mergong 2, Seberang Jalan Putra, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Saifuddin Nasution (tengah) pada sidang media selepas mengadakan pemeriksaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an di MBM Distributi­on sdn bhd (PERODUA) Kawasan Perusahaan Mergong 2, Seberang Jalan Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia