Utusan Borneo (Sarawak)

20 cawangan baharu ‘CoolBlog X’ akan dibuka menjelang akhir 2019

-

JOHOR BAHRU: Syarikat minuman CoolBlog menyasarka­n membuka 20 cawangan baharu ‘CoolBlog X’ di seluruh negara menjelang akhir tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Keith Loh berkata, pihaknya mengutamak­an pasaran di Johor Bahru dan Kuala Lumpur berikutan minuman berasaskan ais campuran dan smoothie itu popular dan sering menjadi pilihan pelanggan di negeri itu.

Beliau berkata pihaknya turut membuka peluang kepada usahawan tempatan khususnya generasi muda untuk menjadi sebahagian usahawan rangkaian CoolBlog X.

“Berbanding kiosk CoolBlog biasa, mereka perlu menyediaka­n RM150,000 bagi membuka francais. Tetapi hanya RM35,000 sahaja diperlukan bagi CoolBlog X dan boleh diuruskan oleh seorang pekerja.

“CoolBlog X dibangunka­n khusus untuk usahawan kecil. Jadi, kita mencari usahahawan muda terutama lepasan universiti yang mahu mencari pengalaman dalam bidang perniagaan, selain melatih dan membantu mereka mendapatka­n pembiayaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan francais Cool- Blog X pertama di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

CoolBlog X yang berkonsepk­an ekspres, lebih kecil dan mudah diurus itu menawarkan 10 jenis minuman terbaik bersempena ulang tahun ke-10, antaranya perisa coklat, kelapa, susu dan buahbuahan dengan harga antara RM3 hingga RM5.

“CoolBlog X kiosk baharu ini akan tertumpu di pusat belibelah yang padat dan mempunyai tarikan pengunjung.

“Kiosk CoolBlog X ini lebih kecil. Dengan 10 minuman yang kita tawarkan, lebih mudah untuk pengunjung memilih dan perkhidmat­an juga lebih cepat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia