Utusan Borneo (Sarawak)

Belia digalak ceburi bidang IT Peluang dalam bidang IT sangat luas, mampu melahirkan tenaga mahir

-

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang- Undang) Datuk Liew Vui Keong menggalakk­an anak-anak muda terutama mereka melanjutka­n pelajaran sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi supaya mengambil jurusan Teknologi Maklumat (IT).

“Jurusan dalam bidang IT banyak manfaat tambahan lagi era perkembang­an dunia hari ini yang menuntut sesiapa sahaja untuk celik ilmu dari segi pengetahua­n dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata peluang dalam bidang ini sangat terbuka luas yang melahirkan tenaga mahir dan juga boleh menjadikan seseorang yang berjaya sekiranya memanfaatk­an kemahiran teknologi.

Dalam pada itu, beliau mengambil contoh usahawan online terkemuka dari China, Jack Ma yang kini dikenali ramai seluruh dunia hanya kerana memanfaatk­an IT sebagai platform untuk berjaya.

“Oleh itu, saya ingin menggalakk­an anak- anak muda supaya mempelajar­i bidang IT kerana kemahiran dalam bidang tersebut amat diperlukan lebih-lebih sekarang ini penggunaan telefon bimbit dapat dimanfaatk­an melalui dalam talian.

“Oleh hal demikian, pengetahua­n kita terhadap perkara ini sangat penting agar tidak ketinggala­n jauh ... anak-anak muda sekarang perlu meningkatk­an kemahiran mereka supaya boleh menguasai bidang ini kelak,” katanya.

Beliau menjelaska­n dengan adanya ilmu pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang IT ini, kepakaran yang ada bukan saja memenuhi permintaan namun secara tidak langsung boleh menjadikan seseorang yang lebih berjaya dalam bidang keusahawan­an seperti online itu.

Liew berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gotong-Royong Penduduk PPRT Kg Karamuntin­g sempena sambutan Hari Malaysia yang ke - 55 tahun di perkaranga­n PPRT Kg Karamuntin­g, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama Setiausaha Sulit kepada beliau Mohd Hanafi Sahih Haji Montoi, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Batu Sapi Yap Mah Chun dan Pegawai Perhubunga­n Parlimen Batu Sapi Adin Ismail serta Pengerusi PPRT Kg Karamuntin­g Haji Paijo Hj Sarjono.

Pada program itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi meminta penduduk setempat sentiasa mengadakan aktiviti bergotong- royong kerana amalan seperti ini mengeratka­n silaturahi­m masyarakat.

Liew berkata dengan bergotong-royong kawasan persekitar­an taman-taman perumahan atau pun kampung akan sentiasa bersih sekaligus terhindari dari pelbagai penyakit terutama nyamuk aedes.

“Amalan yang baik seperti ini harus diteruskan kerana kebaikanny­a dari segi meningkatk­an silaturahi­m dan kerjasama penduduk kampung yang secara tidak langsung menjadikan kawasan yang kita diami ini sentiasa indah seterusnya mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni,” katanya.

Liew menyumbang­kan sebanyak 55 unit pemadam api bagi kegunaan penduduk kampung di setiap rumah disitu.

 ??  ?? KAJI: Liew (lima kanan) di samping Peter Hii bergambar bersama jawatankua­sa PPBMDS dan orang ramai pada program bergerak pusat khidmat masyarakat itu.
KAJI: Liew (lima kanan) di samping Peter Hii bergambar bersama jawatankua­sa PPBMDS dan orang ramai pada program bergerak pusat khidmat masyarakat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia