Utusan Borneo (Sarawak)

Luar bandar terus diberi perhatian

-

KEMABONG: Kerajaan akan tetap memberi perhatian dan keutamaan kepada sektor luar bandar terutamany­a dalam penyediaan prasarana untuk kesejahter­aan rakyat.

Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerajaan mahu kawasan luar bandar dijadikan kawasan pertumbuha­n ekonomi baharu untuk rakyat dan tidak kekal pada tahap sedia ada seterusnya mengurangk­an penghijrah­an generasi muda dari kawasan luar bandar.

“Masyarakat luar bandar penting untuk negara, masyarakat luar bandar menjana hasil pengeluara­n seperti pertanian, perikanan dan bahan diperlukan rakyat, sektor luar bandar ada potensi istimewa,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke beberapa buah kampung antaranya Skim Kuala Tomani, Manas, Enubai, dan Paal Sebrang dalam kawasan DUN Kemabong baru-baru ini.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, penduduk luar bandar memiliki keupayaan menjana pendapatan sendiri terutamany­a pengeluara­n produk pertanian dan lainlain perkhidmat­an yang boleh menjana pendapatan tinggi.

“Bagi membolehka­n semua hasil ini dapat dikeluarka­n dan dipasarkan sudah tentu keutamaan kita memastikan kemudahan asas seperti sistem jalan raya, jambatan, bekalan air dan api dapat kita sediakan untuk kemudahan mereka,” katanya.

Tambah Jamawi beliau sendiri akan sentiasa turun padang melihat keperluan ini dan mengambil tindakan sewajarnya di mana keperluan asas utama yang diutamakan termasukla­h bantuan yang boleh disediakan oleh kerajaan kepada golongan yang benarbenar memerlukan­nya.

“Selain pegawai, saya sendiri akan sentiasa turun padang bagi memastikan masalah rakyat diketahui dan apa saja bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan akan sampai ke kumpulan sasaran,” katanya.

Dalam perkembang­an sama Jamawi turut memaklumka­n pihak SESB telah pun meluluskan pelaksanaa­n lampu jalan kampung di mana kampung-kampung seperti Amboi, Chinta Mata, Bukit, Angan-Angan, Pantungan Sapong, Mansasoh, Sungai Api, Sumandalom, Sungai Paal, Bamban, Papuas dan Laman bakal menikmati kemudahan tersebut selewat- lewatnya pengujung tahun ini

“Ketika ini pihak teknikal SESB sudah pun melakukan lawatan ke tapak tapak cadangan lampu jalan kampung bakal didirikan dan selepas ini kerja-kerja pemasangan akan dimulakan,” katanya.

 ??  ?? BERI PERHATIAN: Jamawi mendengar aduan seorang warga emas ketika ziarah di Kampung Lalang Paal Sebrang.
BERI PERHATIAN: Jamawi mendengar aduan seorang warga emas ketika ziarah di Kampung Lalang Paal Sebrang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia