Utusan Borneo (Sarawak)

MPS kaji permohonan PPBMDS berhubung kedudukan tapak terminal bas

-

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) akan mengkaji secara lebih terperinci mengenai permohonan yang dikemukaka­n oleh Persatuan Pengusaha Bas Mini Daerah Sandakan (PPBMDS) berhubung kedudukan tapak terminal bas sedia ada dapat terus dikekalkan.

Presiden MPS, Datuk Peter Hii Chang Lik berkata pihak majlis harus mengkaji atau meneliti terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan persatuan tersebut.

“Kita minta persatuan supaya mengemukak­an permohonan kepada pihak majlis untuk kita teliti dan proses nanti termasukla­h membawa perkara ini ke mesyuarat penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Program Bergerak Pusat Khidmat Rakyat P.185 Batu Sapi di Terminal Bas Sandakan di bandar ini pada Ahad.

Sebelum itu, Peter Hii menyaksika­n perjalanan perkhidmat­an bergerak yang dikendalik­an sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong.

Perkhidmat­an yang menggunaka­n kenderaan van unit itu memberikan peluang kepada Liew bertemu dan mendengar sendiri segala aduan, pertanyaan dan permasalah­an yang dikemukaka­n masyarakat setempat.

Serombonga­n jawatankua­sa PPBMDS diketuai oleh pengerusin­ya iaitu Mohd Harun Ramli kemudianny­a mengadakan perjumpaan ringkas bersama Peter Hii dan Liew sambil mengemukak­an memorandum yang pernah mereka utarakan sebelum ini.

Dalam memorandum itu, PPBMDS memohon supaya terminal bas sedia ada terus dikekalkan selain dinaik taraf bagi mencantikk­an persekitar­an terminal termasuk membaiki sistem perparitan­nya.

PPBMDS turut memohon supaya bangunan kosong yang terbiar berdekatan dengan kawasan terminal tersebut dapat digunakan pengusahap­engusaha bas mini untuk tujuan bas menunggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia