Utusan Borneo (Sarawak)

WUSHU MENDULANG EMAS SULUNG

Hui Xian muncul atlet pertama Sarawak menyumbang emas acara wushu pada SUKMA XIX Perak 2018

- Daripada Mohd Aliff Idzwan Abdullah

PERAK: Kontinjen Sarawak tampil cemerlang menerusi Lee Hui Xian yang menjadi atlet pertama menyumbang pingat emas dalam acara wushu kategori nandao wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) di sini semalam.

Hui Xian membuktika­n kehebatann­ya apabila berjaya mengumpul 9.54 mata keseluruha­n dipersemba­hkan di pentas utama, Kolej Matrikulas­i Gopeng, di sini.

Atlet berusia 18 tahun itu dengan mudah mendahului pencabarny­a dari Melaka, Tan Cheong Min yang hanya meraih perak dengan 9.46 mata.

Selain itu, atlet tuan rumah, Wong Xin Yi pula sekadar mampu membawa pulang gangsa untuk negerinya egerinya dengan m e mperolehi sebanyak 9.35 5 mata.

Dalam pada itu, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, enian, Kebudayaan, n, Belia dan Sukan Datuk atuk Abdul Karim Rahman ahman Hamzah ketika a ditemui di tapak acara ra wushu semalam sempat mengungkap­kan kapkan rasa gembira mbira atas kejayaan ayaan Hui Xia n memperoleh­i olehi emas pertama. ama.

“Apapun, un, kita berharap ia akan menjadi adi cetusan semangat membara ara kepada atlet-at- let dari acara sukan lain untuk mencatat nama selaku penyumbang pingat selepas ini. “Saya percaya pasukan wushu Sarawak akan terus menyumbang pingat seterusnya,” kata beliau mengulas kejayaan kontinjen Sarawak meraih emas sulung di sini semalam. Sementara itu, Hui X ia n ketika ditemui menyatakan rasa tidak percaya beliau mampu mencipta kejutan pada saingan hari pertama semalam.

Menurutnya, beliau berdepan dengan saingan sengit dari pesaing berpengala­man termasuk wakil tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong sendiri.

“Memang gembira dengan kejayaan ini dan saya harap jelmaan pingat emas seterusnya dapat diperolehi rakan-rakan lain selepas ini,” ujarnya.

Selain itu, atlet wushu turut menyumbang dua perak dan satu gangsa pada temasya di lokasi yang sama semalam.

Satu perak Sarawak disumbangk­an oleh Elvic Bong dengan mengutip 9.40 mata menerusi acara jianshu lelaki. Emas acara tersebut dimenangi atlet dari Melaka, Si Shin Peng (9.48 mata) dan gangsa dimenangi Mohamad Afiq Danial (9.38 mata) dari Terengganu.

Satu lagi perak disumbangk­an oleh Stephanie Ngu dengan 9.40 mata menerusi acara jianshu wanita.

Beliau gagal mengatasi atlet Melaka, Tammy Tan selaku pemenang emas dengan memperoleh­i 9.44 mata manakala atlet Perlis, Wong Kai Xin meraih gangsa (9.34 mata).

Satu gangsa Sarawak pula diperolehi Clement Thian dengan 9.43 mata menerusi acara gunshu lelaki. Beliau dikalahkan oleh atlet dari Melaka, Tan Cheong Wan (9.58 mata) memenangi emas manakala Muhammad Danish Aizad dari Penang meraih perak (9.45 mata).

Apapun, kita berharap ia akan menjadi cetusan semangat membara kepada atlet-atlet dari acara sukan lain untuk mencatat ini. ” nama selaku penyumbang pingat selepas Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERUS CEMERLANG: Abdul Karim bersama atlet-atlet atl wushu yang berjaya menyumbang pingat pada SUKMA XIX di Perak semalam.
TERUS CEMERLANG: Abdul Karim bersama atlet-atlet atl wushu yang berjaya menyumbang pingat pada SUKMA XIX di Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia