Utusan Borneo (Sarawak)

Trump beri penghormat­an wira Penerbanga­n 93

-

WASHINGTON: Tujuh belas tahun selepas serangan 9/ 11 yang dahsyat, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pergi ke Pennsylvan­ia semalam untuk memberi penghormat­an, seperti presiden terdahulu, kepada lelaki dan wanita yang meninggal dunia dalam pesawat Penerbanga­n 93 yang dirampas oleh pengganas.

Pada 11 September 2001, pesawat itu – sebuah daripada empat yang dirampas oleh anggota militan Al- Qaeda – terhempas di sebuah padang di bandar kecil Shanksvill­e, kira-kira 200 kilometer ke barat laut Washington.

Mereka yang menaiki pesawat penerbanga­n United Flight 93, dan diberitahu menerusi telefon oleh anggota keluarga mereka bahawa dua jet penumpang lain telah merempuh Pusat Dagangan Dunia di New York, cuba merampas balik pesawat mereka.

Lokasi nahas ternyata jauh daripada matlamat penyerang: ibu negara AS. Sejak itu penumpang yang maut di Shanksvill­e telah dipuji sebagai wira.

Jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders berkata Trump akan memberi penekanan kepada “memperinga­ti hari yang dahsyat itu, dan sudah tentulah memberi penghormat­an kepada individu yang bukan sahaja terkorban pada hari itu tetapi juga menggadai nyawa untuk membantu dalam proses tersebut”.

Penculik dipercayai mahu menggunaka­n pesawat itu untuk menyerang Capitol, yang menempatka­n Dewan Perwakilan AS dan Senat.

Pada hari itu pada 2001, Kongres sedang mengadakan sesi penuh.

Trump diiringi isterinya Melania pada hari yang melambangk­an perpaduan kebangsaan – dan dijangka memberikan­nya peluang untuk melupakan kemelut politik yang berkisar sekitarnya di Washington.

Lawatan semalam diadakan pada hari buku hangat pemberita siasatan Bob Woodward yang menceritak­an segalanya mengenai Rumah Putih – dan memberi gambaran tentang seorang manusia yang tidak dapat menangani jawatan presiden – dijual di kedai-kedai.

Pasangan Pertama Amerika melawat ‘Tower of Voices’ yang baharu dirasmikan di tugu peringatan ‘Flight 93 National Memorial’ – sebuah monumen hampir setinggi 30 meter dengan 40 loceng angin yang mewakili 40 penumpang dan kru yang maut dalam penerbanga­n itu.

Bunyi loceng akan berubah-ubah bergantung kepada kekuatan dan arah angin.

Pada jam 10.03 pagi pada 11 September 2001, saat jet Boeing berkenaan terhempas dalam kepulan asap yang tebal, nama-nama mangsa dibaca satu per satu.

Kisah penerbanga­n yang malang itu – yang sepatutnya terbang dari Newark, New Jersey ke San Franciso – telah menjadi subjek beberapa filem termasuk ‘United 93’ oleh pengarah Paul Greengrass.

Serangan pesawat 9/ 11, yang memusnahka­n Menara Berkembar dan meninggalk­an lubang besar pada bangunan Pentagon, mengorbank­an hampir 3,000 orang, kebanyakan­nya di Manhattan.

Dalam tanda betapa dahsyatnya serangan tersebut ke atas Big Apple, stesen kereta api bawah tanah Cortlandt Street – yang ditinggalk­an selama bertahun-tahun di bawah gunung runtuhan – hanya dibuka semula Sabtu lepas.

“WTC Cortlandt adalah lebih daripada sekadar sebuah stesen kereta api bawah tanah yang baharu, ia adalah simbol bagi keazaman warga New York,” kata Joe Lhota, ketua Lembaga Pengangkut­an Metropolit­an di bandar raya tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Nicholas KAMM/AFP ?? TANDA PENGHORMAT­AN: Gambar fail menunjukka­n bunga diletakkan di Dinding Nama di tugu peringatan baharu didedikasi kepada Penerbanga­n 93 di tapak di mana pesawat United terhempas di Shanksvill­e, Pennsylvan­ia pada 10 September, 2011 ketika rakyat AS bersedia untuk menandakan ulang tahun ke-10 serangan 11 September, 2001.
— Gambar Nicholas KAMM/AFP TANDA PENGHORMAT­AN: Gambar fail menunjukka­n bunga diletakkan di Dinding Nama di tugu peringatan baharu didedikasi kepada Penerbanga­n 93 di tapak di mana pesawat United terhempas di Shanksvill­e, Pennsylvan­ia pada 10 September, 2011 ketika rakyat AS bersedia untuk menandakan ulang tahun ke-10 serangan 11 September, 2001.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia