Utusan Borneo (Sarawak)

Kelibat dua suspek pecah masuk dirakam CCTV

Hasil risikan polis mengenal pasti suspek masing-masing dari Kampung Pandam dan Kampung Buang Abai

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kelibat dua lelaki memecah masuk sebuah premis perniagaan yang merupakan tempat tinggal pekerja sebuah pusat rawatan kecantikan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum berjaya dicekup petang kelmarin.

Kejadian itu disedari pemilik pusat rawatan kecantikan, 38, sebaik dimaklumka­n pekerjanya ketika berada di kedainya jam 12.35 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa kemudian memeriksa rakaman CCTV dan mendapati kelibat seorang lelaki memasuki premis perniagaan­nya antara jam 12 hingga 12.30 tengah malam.

“Setelah membuat pemeriksaa­n, beberapa barangan dilaporkan hilang termasuk dua unit telefon bimbit serta beg duit berisi wang tunai sebanyak RM3,000.

“Kecurian itu menyebab-

Setelah membuat pemeriksaa­n, beberapa barangan dilaporkan hilang termasuk dua unit telefon bimbit serta beg duit berisi wang tunai sebanyak RM3,000.

Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

kan pekerja mangsa warga China mengalami kerugian keseluruha­n bernilai RM13,000,” katanya kepada media semalam.

Beliau memberitah­u, hasil risikan polis berjaya mengenal pasti dan memberkas suspek, 23, dari Kampung Pandam dan rakannya, 31, dari Kampung Buang Abai di sini, petang kelmarin.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki bilik tersebut melalui pintu yang tidak berkunci semasa pemilik barang sedang tidur.

“Rakaman CCTV menun- jukkan kelibat seorang lelaki di kaki lima kedai menaiki tangga menuju ke arah bilik,” katanya semalam.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan).

Dalam kes berasingan, seorang suspek berusia 26 tahun dari Taman Mohidin di sini dicekup sekitar jam 11.50 pagi kelmarin untuk membantu siasatan kes pecah rumah dan curi yang dilaporkan berlaku di sebuah bangunan stor di sini, hujung bulan lepas.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terlibat bersama empat lagi rakan yang masih bebas .

“Rakan suspek dipercayai membantu menjual barangan curi kepada pembeli di sekitar daerah Limbang,” jelasnya.

Beliau berkata, usaha sedang dijalankan untuk mendapatka­n semula barang curi berkenaan iaitu barangan runcit dianggarka­n bernilai RM950 serta menangkap rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

“Suspek yang direman hari ini (semalam) akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang kerani ditahan kerani disyaki menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.

Mohd Bukhori berkata, suspek yang membawa penumpang enggan berhenti dan menyerahka­n pasport semasa pemeriksaa­n imigresen di Tedungan pada petang Ahad lepas.

“Suspek, 46, dari Kampung Belading ditahan jam 5.45 petang kelmarin untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

 ??  ?? DIBERKAS: Suspek yang menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.
DIBERKAS: Suspek yang menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.
 ??  ?? DITAHAN: Suepek dari Kampung Pandam.
DITAHAN: Suepek dari Kampung Pandam.
 ??  ?? BERSUBAHAT: Suspek dari Kampung Buang Abai.
BERSUBAHAT: Suspek dari Kampung Buang Abai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia