Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga suspek samun kereta OKU dicekup di Lubok Antu

-

KUCHING: Cubaan tiga individu melarikan diri selepas disyaki terlibat dalam kes samun kereta milik seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) pada Rabu lepas gagal apabila berjaya ditangkap polis di Pekan Lubok Antu, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu berusia antara 20 dan 40 tahun.

Menurutnya, turut dirampas ialah sebuah kereta dan dua bilah pisau yang disyaki digunakan oleh suspek ketika kejadian tersebut.

“Dalam kejadian awal pagi itu, mangsa berusia 29 tahun bersama seorang rakan yang juga OKU sedang dalam perjalanan menghala ke pusat bandar raya sebelum ditahan suspek di Jalan Tun Razak.

“Suspek kemudian keluar dari kereta lalu memukul rakan mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

“Beberapa minit kemudian sebuah lagi kereta muncul dan seorang daripada suspek bertindak menumbuk mangsa sebelum merampas kunci kenderaann­ya untuk dilarikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kereta mangsa bagaiamana­pun berjaya ditemui semula di Jalan Datuk Mo- hammad Musa, Kota Samarahan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpula­n dengan mendatangk­an cedera terhadap kedua-dua mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia