Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 hadiri Majlis Doa Akhir Tahun, Awal Tahun 1440 Hijrah

-

SIBU: Kira-kira 1,000 orang menghadiri Majlis Doa Akhir Tahun 1439 Hijrah dan Awal Tahun 1440 Hijrah di Masjid An-Nur Sibu malam kelmarin sempena sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah Peringkat Negeri Sarawak.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab, ADUN Daro Safiee Ahmad, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Kupon.

Sambutan Maal Hijrah dianjurkan Majlis Islam Sarawak (MIS), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Pejabat Residen Bahagian Sibu.

Program bermula jam 6 petang dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1439 Hijrah diikuti azan Maghrib dan solat fardu Maghrib bersama dif-dif kenamaan.

Selesai solat Maghrib, acara diteruskan dengan ceramah khas Maal Hijrah disampaika­n Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yasin.

Program lain selepas solat Isyak ialah zikir marhaban, bacaan Doa Awal Tahun 1439 Hijrah dan jamuan.

 ??  ?? DOA: Tun Taib (empat kanan) dan Abang Johari (tiga kanan) bersama dif-dif kenamaan mengaminka­n doa selepas solat Maghrib berjemaah di Sibu malam kelmarin.
DOA: Tun Taib (empat kanan) dan Abang Johari (tiga kanan) bersama dif-dif kenamaan mengaminka­n doa selepas solat Maghrib berjemaah di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia