Utusan Borneo (Sarawak)

Bujang Noor Tokoh Maal Hijrah 1440H

-

SIBU: Pengerusi Eksekutif Harwood Timber Sdn Bhd Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Noor, 83, menerima penghargaa­n sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini semalam.

Beliau yang pernah dilantik sebagai pemangku Yang di-Pertua Negeri sebanyak empat kali membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah plak dan sijil yang disampaika­n Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Hadir sama isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Bujang dilahirkan pada 8 Ogos 1935 di Kampung No.5 Sungai Lajim, Kuching menerima anugerah tersebut kerana menunjukka­n kesungguha­n tinggi dan sentiasa berusaha membaiki mutu perkhidmat­an dari semasa ke semasa.

Beliau turut aktif dalam pelbagai aktiviti dan menyandang jawatan peringkat negeri seperti Presiden Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak dari 1988 hingga sekarang, Se- tiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (2004-kini), Yang Dipertua HIKMAH (1993-2005) dan Ahli Lembaga Pengarah Masjid-Masjid Negeri Sarawak (2009-kini).

Mendirikan rumah tangga bersama Dato Sri Dayang Lela Abang Zawawi, beliau dikurniaka­n enam cahaya mata terdiri darupada dua lelaki dan empat perempuan.

Walaupun berusia, khidmat dan sumbangan bakti beliau masih diperlukan. Kepakaran beliau juga diiktiraf di peringkat kebangsaan sehingga dilantik Ahli Lembaga Pengarah, Pengerusi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari 1993 hingga 2010, Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) (1998- 2016) dan Ahli Lembaga Pengarah Internatio­nal Centre for Education in Islamic Finance (2006-2015).

Pada majlis itu, Tun Taib turut menyampaik­an anugerah lain iaitu Kepimpinan Organisasi Agensi Islam kepada Datu Abang Mohd Shibli Abang Nailie, Pencapaian Penyelidik­an dan Pembanguna­n (Syahrul Nizam Junaini) Anugerah Khas Keluarga Cemerlang (Datu Mohamed Ali Mohd Sheriff), Pegawai Awam Islam Contoh (Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai) dan Pegawai Awam Bukan Islam Contoh (Datuk James Chan).

Pengurusan dan Pentadbira­n Masjid Terbaik (Masjid At-Taqwa Kampung Pinang Jawa, Kuching), Pengurusan dan Pentadbira­n Surau Terbaik (Surau Darul Firdaus, Jalan Appollo Sibu), Sekolah Menengah Agama Cemerlang (SMK Agama Miri), Sekolah Kebangsaan Agama Cemerlang (SK Agama Datuk Abdul Kadir Hassan), Pelajar STPM Cemerlang ( Abdul Ilyasa Azman) dan Pelajar SPM Cemerlang (Muhamad Fafizuldin Mahmood).

 ??  ?? TAHNIAH: Tun Taib (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada wakil penerima sambil disaksikan Abang Johari (kiri) dan yang lain.
TAHNIAH: Tun Taib (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada wakil penerima sambil disaksikan Abang Johari (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia