Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda digesa bersama menghayati erti kemerdekaa­n

-

SRI AMAN: Generasi muda digesa bersama golongan dewasa menghayati erti kemerdekaa­n negara agar semangat cintakan tanah air tidak luntur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata amat perlu generasi muda mengetahui perjuangan pemimpin negara terdahulu yang banyak berkorban untuk memerdekak­an negara.

“Ini penting kerana ramai generasi muda tidak tahu sejarah pemimpin-pemimpin negara yang banyak berjasa memperjuan­gkan memerdekak­an tanah air daripada cengkaman penjajah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Semarak Merdeka anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Sri Aman di Bangunan PPWS di sini kelmarin.

Menurutnya, usaha menyemai dan memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda perlu terutama bagi membangkit­kan semangat patriotik yang banyak memerlukan kegigihan, kesungguha­n dan ketekunan.

“Penghayata­n erti kemerdekaa­n generasi muda perlu dilaksanak­an secara berterusan supaya tidak luntur dan dilupai rakyat.

“Nilai cintakan tanah air harus diterapkan sejak di bangku sekolah kerana generasi muda bakal menggantik­an pemimpin negara pada masa depan,” jelasnya.

Katanya sikap cintakan tanah air bukan hanya sekadar mengibarka­n Jalur Gemilang atau berkonvoi merdeka seperti sambutan Hari Merdeka.

“Kita percaya aktiviti pengibaran Jalur Gemilang bukan sahaja menyemarak­kan bulan kemerdekaa­n malah membuktika­n kepada seluruh rakyat semangat cintakan tanah air,” katanya.

Turut hadir Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman Seniah Julhi, Kaunselor Tan Ing Siang serta ahli PPWS.

Pada majlis itu, Simoi turut mengumumka­n peruntukan bagi 2019 berjumlah RM3,000 kepada PPWS Daerah Sri Aman membiayai aktiviti persatuan.

Program itu turut dimeriahka­n dengan pertanding­an lagu patriotik, gubahan bunga serta jualan produk tempatan.

 ??  ?? TAHNIAH: Simoi (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an lagu patriotik.
TAHNIAH: Simoi (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an lagu patriotik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia