Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching anjur ‘Battle of the Bands’

-

KUCHING: Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching akan menganjurk­an buat pertama kalinya pertanding­an ‘Battle of the Bands’ bagi band gereja, band garaj, profesiona­l dan semi-profesiona­l di sini.

Menurut pengerusi penganjur Sim Kiang Chiok, ia merupakan anjuran bersama Persekutua­n Persatuan Komuniti Bahagian Kuching bagi ‘17th Intercultu­ral Mooncake Festival’ di sini.

“Kemasukan adalah percuma dengan hadiah tempat pertama RM2,000, sebuah trofi dan sijil penyertaan.

“Sementara di tempat kedua RM1,000 berserta trofi dan sijil manakala tempat ketiga RM500, sebuah trofi dan sijil. Tiga hadiah sagu hati masing- masing akan menerima RM200 dan sijil,” katanya.

Pertanding­an itu akan diadakan di Dewan Opera Persatuan Hokkien di Jalan Wayang Street dan peringkat akhir pada 24 September akan dihadiri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Semua kumpulan yang menyertai pertanding­an berkenaan perlu mempunyai minimum empat anggota.

Setiap kumpulan perlu memainkan tiga lagu dan salah satu daripada lagu tersebut perlu dipilih dalam senarai lagu- lagu yang disediakan penganjur.

Kumpulan akan diadili menerusi persembaha­n, melodi, penampilan, penampilan di atas pentas dan ketulenan.

Snowdan telah menyampaik­an sumbangan kepada penganjur bagi aktiviti yang dijalankan untuk golongan belia.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Siva di sarewak@ gmail.com atau menghubung­i talian 011-26848313.

 ??  ?? JEMPUT DATANG: Snowdan (tiga kiri) menerima surat jemputan ke majlis itu daripada Sim (empat kiri) sambil diperhatik­an komuniti lain semalam.
JEMPUT DATANG: Snowdan (tiga kiri) menerima surat jemputan ke majlis itu daripada Sim (empat kiri) sambil diperhatik­an komuniti lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia