Utusan Borneo (Sarawak)

RM20 juta diluluskan untuk bina, baik pulih rumah ibadat bukan Islam

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan RM20 juta bagi membantu 200 institusi keagamaan bukan Islam di Sarawak untuk membina dan membaik pulih rumah ibadat mereka.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sambil menambah, ia dilaksanak­an menerusi agensi pelaksana Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) di bawah porfoliony­a itu.

“Pihak kami akan terus membantu badan agama bukan Islam dari segi kewangan bagi mereka membina dan membaik pulih rumah ibadat untuk keselesaan para penganut kepercayaa­n masing-masing,” kata Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Jangu ketika membacakan teks ucapan Uggah pada Majlis Perasmian SECA, lewat Ahad lepas.

Beliau yang juga Menteri Permodenan Pertanian, Ta- nah Adat dan Pembanguna­n Wilayah serta menteri yang bertanggun­gjawab terhadap UNIFOR turut meluahkan rasa gembira dengan perkembang­an SECA di sini.

Katanya, SECA telah berkembang daripada lapan gereja kepada 34 gereja berdaftar dan percaya jumlahnya akan meningkat selepas ini.

Kini terdapat sekitar 17,000 penganut Kristian daripada 100 cawangan gereja-gereja Evangelika­l di seluruh Sarawak.

Beliau turut menyumbang geran sebanyak RM10,000 kepada SECA bagi melaksanak­an lebih banyak aktiviti yang memberi impak positif kepada Sarawak.

Terdahulu, Uggah menjelaska­n bahawa Kerajaan Sarawak akan sentiasa mengambil inisiatif untuk menambah baik kebebasan beragama dan harmoni dalam negeri ini.

“UNIFOR merupakan sebuah unit di bawah Jabatan Ketua Menteri telah ditubuhkan pada 26 Mei 2017 bertujuan menjaga kebajikan dan hal ehwal badan agama seperti Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Bahai dan Taoisme.

“Sarawak merupakan satusatuny­a negeri di Malaysia yang mempunyai agensi kerajaan yang menjaga keperluan mereka yang bukan beragama Islam di dalam negeri.

“UNIFOR merupakan buah fikiran daripada bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan terus mendapat sokongan penuh daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” tambahnya.

Unit tersebut juga akan menjalanka­n kajian akta dan menjadi perantara atau badan penasihat bagi menyelesai­kan konflik yang berkaitan dengan keagamaan yang mempengaru­hi hubungan antara agama di Sarawak.

Pada masa yang sama, Pengerusi Persatuan Kristian Evangelika­l Sarawak ( SECA) Pastor Matthew Ling menyatakan hasrat bahawa pihaknya akan menjadi suara kepada kerajaan dalam perkara berkaitan.

“Pihak kami akan menyediaka­n platform bagi mempromosi­kan kepercayaa­n Kristian, program belia dan perkongsia­n maklumat yang berkaitan,” ujarnya.

Beliau turut dibantu Naib Pengerusi SECA Ling Nee Wan, Setiausaha SECA Nelson Kee, Pembantu Setiausaha Pastor David Ngu, Bendahari Pastor Jerry Teoh dan Pembantuny­a Pastor Greman Ujang.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan ( ROS) Malaysia Georgina Apphia Ngau, Pengerusi Persatuan Gereja- Gereja Sarawak (ACS) Dato Dr Justin Wan dan Setiausaha Agung ACS Ambrose Linang.

 ??  ?? RASMI: Dr Ngenang diapit Matthew (enam kiri), Georgina (tiga kiri) dan keanamaan lain mengadakan upacara simbolik perasmian SECA di Kuching kelmarin.
RASMI: Dr Ngenang diapit Matthew (enam kiri), Georgina (tiga kiri) dan keanamaan lain mengadakan upacara simbolik perasmian SECA di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia