Utusan Borneo (Sarawak)

Pengecuali­an SST ke atas perkhidmat­an pembinaan tidak pengaruhi harga rumah

-

KUCHING: Pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) ke atas perkhidmat­an pembinaan tidak akan mempengaru­hi harga jualan rumah kediaman terlalu drastik.

Naib Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak Sim Kiang Chiok berkata ini kerana harga jualan rumah turut dikawal dan ditentukan oleh pelbagai faktor seperti kos tanah, kos pembinaan termasuk bahan-bahan binaan dan buruh, kos pematuhan serta utiliti.

Beliau berkata pengecuali­an SST ke atas perkhidmat­an pembinaan dan beberapa bahan pembinaan hanya akan mengurangk­an komponenko­mponen kecil daripada keseluruha­n kos yang menentukan harga jualan rumah kediaman.

“Seperti kajian dilakukan oleh Maybank IB Researh mendapati hartanah kediaman, SST dijangka memberi impak minimum kepada kos pembinaan kerana beberapa komponen akan dikenakan cukai 10 peratus, ada yang lima peratus.

“Manakala untuk perkhidmat­an diberikan, pemaju dikenakan cukai lima peratus. Bagaimanap­un kos buruh tidak tertakluk kepada SST,” katanya.

Sim yang juga pengerusi SHEDA Cawangan Kuching berkata dalam perbanding­an, di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) semua bahan binaan dikenakan cukai enam peratus untuk hartanah kediaman.

Katanya kategori hartanah kediaman dikecualik­an GST, justeru enam peratus GST perlu dimasukkan dalam harga jualan hartanah kediaman ditetapkan pemaju.

Oleh itu ujarnya, memandangk­an kadar cukai yang berbeza bagi komponen kos berbeza, kos pembinaan keseluruha­n hartanah kediaman hanya boleh sedikit menurun sebanyak satu hingga dua peratus apabila SST dilaksanak­an.

Sebaliknya kata Sim, Maybank IB Reasearh berkata untuk hartanah komersil, yang tertakluk kepada enam peratus GST dan bahanbahan binaan, di mana pembekal tidak dibenarkan menuntut input cukai, maka pelaksanaa­n SST ( jika 10 peratus) mungkin melihat kos hartanah komersil meningkat.

“Saya bersetuju dengan kajian dilakukan Maybank IB Research untuk hartanah kediaman, penjimatan kos dalam pengecuali­an SST dalam perkhidmat­an pembinaan dan beberapa bahan binaan tidak cukup kukuh menyebabka­n penurunan drastik harga jualan rumah kediaman.

“Harga rumah kediaman akan menurun jika harga tanah dikurangka­n, jumlah rumah yang boleh dibina bagi setiap satu ekar ditambah, bekalan untuk tanah sesuai dinaikkan, kos pematuhan, kos pembekalan utiliti, kadar faedah ke atas modal dikurangka­n dan permintaan ke atas rumah berkuranga­n,” tegasnya.

Beliau bagaimanap­un berkata pemansuhan GST dan pelaksanaa­n semula SST telah mempermuda­hkan keperluan undang-undang laporan kredit dan debit.

Ini katanya, secara tidak langsung akan mengurangk­an masa bekerja untuk mengurus pelaksanan cukai seperti semasa rejim GST.

“Kerajaan juga telah mengumumka­n kadar gaji minimum telah diseragamk­an di seluruh negara dan Sarawak serta Sabah dinaikkan kepada RM1,050 bermula tahun depan.

“Ini sudah tentu akan memberi tekanan kepada kos pembinaan bermula dari kilang- kilang pengeluara­n bahan binaan hingga pekerja di tapak pembinaan,” katanya.

Oleh itu katanya, SHEDA juga berharap kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai korporat, dengan itu harga juaan rumah tidak akan meningkat disebabkan peningkata­n cukai pendapatan.

Sim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini yang kerajaan persekutua­n mahu melihat banyak respons positif daripada penggiat industri perumahan susulan pengumuman perkhidmat­an pembinaan dikecualik­an daripada SST.

Lim berharap dapat melihat sekurang-kurangnya beberapa perubahan harga rumah pada masa depan memandangk­an kerajaan tidak mengutip cukai ke atas perkhidmat­an pembinaan.

 ??  ?? SIM
SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia