Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas dikenakan kepada pembekal yang cuba mengenakan caj SST tinggi kepada peniaga: Chong

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pembekal yang cuba mengenakan caj Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) tinggi kepada peniaga yang tidak sepatutnya.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal EhwalPengg­unaChongCh­ieng Jen berkata, malahan sudah ada dalam kalangan pembekal yang cuba mengenakan caj melebihi skala ditetapkan di bawah SST kepada peniaga.

“Kita telah mengambil tindakan tegas kepada pembekal yang cuba menaikkan harga yang melebihi skala SST.

“Ada antara pembekal cuba mengenakan caj kepada kedai runcit dan sebagainya dan kami dapati harganya tidak masuk akal di mana tindakan tegas diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai pemeriksaa­n dan pemantauan Operasi Catut 5.0 Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pasar raya Everrise BDC di sini, semalam.

Chong berkata, selain itu penguat kuasa kementeria­n di negeri ini juga telah mengeluark­an beberapa notis kepada pembekal yang bertindak men- genakan caj keterlalua­n itu.

Beliau dimaklumka­n ada antara pembekal cuba menaikkan peratusan caj daripada barang yang sepatutnya hanya 10 peratus SST tetapi dinaikkan kepada antara 12 peratus hingga 15 peratus.

“Kementeria­n akan melakukan yang terbaik bagi memas- tikan tiada sesiapa yang mengambil kesempatan terhadap pelaksanaa­n SST untuk mendapatka­n keuntungan tidak berasas atau luar biasa.

“Sehingga kini, semua pegawai penguatkua­saan kita telah berusaha dengan sebaiknya di mana mereka memantau di kilang dan pemborong di seluruh negeri sejak 1 September lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Stampin itu berkata dari segi pihak pasar raya sehingga kini selepas pemantauan dan pelaksanaa­n, kebanyakan pasar raya mematuhi SST.

Katanya sebagai contoh pasar raya Everrise BDC kebanyakan barangan dijual pada harga yang sama atau dikekalkan sejak sifar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

“Di sini terdapat 20 senarai barangan yang paling banyak dijual di pasar raya ini masih mengekalka­n harga semasa kosong GST atau sebelum pelaksanaa­n SST.

“Kami percaya malahan apabila pasar raya ini menjual penghabisa­n stok, bagi stok baharu mereka juga tidak naik harga,” katanya.

Katanya, antara 20 barangan berkenaan seperti mi, di mana semasa GST ia berharga RM3.80 namun selepas kosong GST ia dijual pada harga RM3.58 iaitu penurunan 22 sen.

Hadir sama Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkua­saan KPDNHEP Mohd Nawawi Abdul Rahman, Pengurus Everrise BDC Liew Fui Lin dan pegawai JKDM.

 ??  ?? PANTAU: Chong memantau harga ayam yang dijual di Everrise BDC semasa Operasi Catut 5.0 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Nawawi (kiri) dan Liew (kanan).
PANTAU: Chong memantau harga ayam yang dijual di Everrise BDC semasa Operasi Catut 5.0 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Nawawi (kiri) dan Liew (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia