Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Malaysia: Rakyat harus renung terhadap penghakisa­n hak Sarawak

-

KUCHING: Sempena menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini, rakyat Sarawak harus merenung secara lebih mendalam lagi terhadap penghakisa­n hak Sarawak yang dijamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Parti Sedar Rakyat Sarawak ( SEDAR) Datuk Othman Abdillah berkata ia terutama melibatkan kehilangan milik mutlak sumber minyak dan gas termasuk pengecilan wilayah laut Sarawak.

“Kini 55 tahun yang begitu lama sudah berlalu sejak rakyat Sarawak mengalu-alukan jiran-jiran dari seberang laut sebagai saudara sendiri dan dengan rela hati mengangkat mereka sebagai pemimpin Malaysia atas janji Sarawak akan maju bersama.

“Bagaimanap­un amatlah malang, Sarawak menjadi lebih mundur secara hakiki jika dibandingk­an apa yang ia miliki dan pencapaian yang dibenarkan oleh kedua-dua persekutua­n dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Sementara itu, Othman turut menyifatka­n penangguha­n Transit Aliran Ringan (LRT) adalah satu pengakuan defisit keupayaan barisan pimpinan semasa Sarawak dalam merancang arah pembanguna­n yang mampan, saksama dan rasional.

Tambahnya, penangguha­n ini juga dengan sendirinya telah mendedahka­n bahawa mereka yang telah dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat selama ini sebaliknya hanya menumpu ke arah memuaskan ego peribadi.

“Apa pula yang terjadi dengan projek-projek seperti DBOS, PETROS, loji metanol, loji hidrogen dan lain-lain?” soalnya.

Mengulas lanjut, Othman berkata walaupun penangguha­n projek LRT dibuat dengan alasan untuk memberi keutamaan kepada projekproj­ek luar bandar, ia tidak akan dapat mengaburi mata rakyat bahawa langkah-langkah itu semata-mata lebih bertujuan memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Oleh itu, tegasnya ia bukan dibuat secara ikhlas sebagai langkah penilaian semula keutamaan daripada perspektif keperluan rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata tumpuan kepada pembanguna­n luar bandar yang kian jauh ketinggala­n juga hanya ditekankan pada setiap kali munculnya pilihan raya dan kemudian semua itu hilang secara rutin.

Sehubungan itu, ujarnya keadaan Sarawak sekarang, terutama bagi penduduk luar bandar jelas memaparkan pencapaian rendah Kerajaan Sarawak yang tunggal, iaitu dikenali sehingga hari ini.

“Hari Malaysia pertama disambut lebih setengah abad yang lalu, barisan kepimpinan Sarawak telah mengkompro­mikan kedudukan politik mereka melalui struktur berparti campuran nasional seterusnya melemahkan keupayaan diri untuk melakukan yang terbaik untuk Sarawak,” katanya.

 ??  ?? KEMAHIRAN: Peserta menunjukka­n hasil tangan masing-masing bersama Lulu (empat kiri) dan Annie (lima kanan) semalam.
KEMAHIRAN: Peserta menunjukka­n hasil tangan masing-masing bersama Lulu (empat kiri) dan Annie (lima kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia