Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia pengangkut­an awam lebih baik atau lebih banyak bas konvension­al

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak sewajarnya menyediaka­n kemudahan pengangkut­an awam yang lebih baik atau lebih banyak bas konvension­al, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen.

Beliau berkata bukan sebaliknya dengan memulakan projek bas menggunaka­n bahan api hidrogen yang memakan kos berjuta- juta selain teknologin­ya yang dilihat belum matang untuk kenderaan.

“Saya mengingatk­an kepada Kerajaan Sarawak untuk memikirkan semula projek ini kerana ia tidak praktikal, tambahan hidrogen masih belum cukup matang digunakan untuk kenderaan.

“Apa yang membimbang­kan jika ada perubahan teknologi tetapi kerajaan telah melabur berjuta untuk projek ini, ia membazirka­n kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai pemeriksaa­n dan pemantauan Operasi Catut 5.0 Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pasar raya Everrise BDC di sini, semalam.

Timbalan Menteri KPDNHEP itu berkata, langkah sebaiknya Kerajaan Sarawak adalah dengan menyediaka­n lebih banyak bas konvension­al serta kemudahan pengangkut­an baik kepada rakyat.

Menurut Chong, Sarawak perlu membelanja­kan kos RM1 juta bagi sebuah bas hidrogen berbanding RM400,000 bagi bas konvension­al.

Ahli Parlimen Stampin itu berkata, kerajaan negeri bukan sahaja membelanja­kan kewangan berganda untuk membeli bas terbabit bahkan untuk teknologi menukarkan air kepada hidrogen.

Jelasnya ia pasti akan menelan kos berjuta-juta, sedangkan bas konvension­al hanya membeli kenderaan selain mengisi minyak di stesen petrol sahaja.

Sementara itu pada Isnin lepas, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n tiga bas yang menggunaka­n bahan api hidrogen di bandar raya ini dijangka bermula pada Mac tahun depan.

Beliau berkata ia sebagai projek perintis untuk memperting­katkan sistem pengangkut­an awam di Sarawak.

Abang Johari berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Foshan Feichi Automobile (China), bagi pembekalan bas hidrogen kepada Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia