Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah sejarah penyakit kusta di Pustaka Negeri

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan ceramah berkaitan Sarawakian­a bertajuk ‘History of Leprosy in Borneo and Rajah Charles Brooke Memorial (RCBM) Settlement’.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ceramah berkenaan akan diadakan pada 12 September ( hari ini) jam 2.30 petang hingga 4:30 petang di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.

Penyakit Hansen, yang lazimnya dikenali sebagai penyakit kusta memberi kesan kepada masyarakat dan mencipta trauma psikologi dan fizikal yang hebat terhadap Hansenites.

Menurut rekod Sarawak, sejak 1900-an, pelbagai langkah dan usaha telah dilakukan untuk memisahkan penghidap penyakit tersebut daripada masyarakat.

Ceramah itu antara lain bertujuan mempromosi­kan dan mewujudkan kesedaran mengenai penyakit Hansen terhadap masyarakat.

Selain membasmi stigma dan kecaman terhadap pesakit Hansen dan generasi mereka.

Juga memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai sejarah dan warisan budaya tempatan negeri serta memelihara dan memulihara leprosariu­m Rajah Charles Brooke Memorial sebagai tapak warisan Sarawak.

Pendaftara­n adalah percuma dan terbuka kepada orang awam.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan program ini, sila hubungi Aidashermi­lla Hashim, Natalia Muhammad di talian 082-440488 sambungan 221 atau 232, atau e-melkan ke aidasheh@ sarawak. gov. my atau nataliam@sarawak.gov.my.

 ??  ?? MESYUARAT: Persatuan Guru Bisaya Sarawak mengadakan AGM pertama di Bilik Mesyuarat SK Edmund, Limbang kelmarin.
MESYUARAT: Persatuan Guru Bisaya Sarawak mengadakan AGM pertama di Bilik Mesyuarat SK Edmund, Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia