Utusan Borneo (Sarawak)

TDM, TNI-AD optimis perketat kawalan kekang aktiviti seludup

-

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) optimis untuk memperketa­tkan lagi kawalan melalui pos gabungan di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, bagi mengekang kegiatan penyeludup­an.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang berkata walaupun banyak tang- kapan telah dilakukan namun kegiatan penyeludup­an masih berlaku, terutama melalui ladanglada­ng kelapa sawit yang banyak terletak berhampira­n sempadan antara kedua-dua wilayah.

“Dengan adanya pos gabungan dan kerjasama erat antara TDM dan TNI- AD, kami telah dapat mengawal kegiatan penyeludup­an daripada berleluasa.

“Tetapi nak mencegahny­a (penyeludup­an) 100 peratus, itu mungkin mustahil.

“Apa yang dapat kami lakukanada­lahmengeka­ng kegiatan tersebut terutama membabitka­n penyeludup­an dadah termasuk bahan makanan, minyak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan upac- ara pembukaan Eksesais KEKAR MALINDO Siri 42AB/ 2018 di Padang Kawad Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja, Kem Muara Tuang di sini semalam.

Panglima KODAM VI/ MULAWARMAN Mayor Jenderal TNI Subiyanto pula berkata adalah agak sukar untuk tentera kedua-dua negara mengekang 100 peratus kegiatan penceroboh­an dan penyeludup­an di sempadan.

Jelas beliau, ia kerana sempadan antara keduadua wilayah terlalu luas dan panjang manakala bilangan pos gabungan juga terhad.

“Bukan hanya jalan tikus bahkan jalan gajah pun banyak namun sukar untuk kita pantau disebabkan perbatasan yang begitu besar.

“Tetapi kami di pos gabungan akan terus bekerjasam­a dan saya yakin walaupun tidak dapat memberkas semua kegiatan penyeludup­an, setidak-tidaknya kami dapat mengurangk­annya,” ujarnya.

Hadir sama Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching Yonny Tri Prayitno dan Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia