Utusan Borneo (Sarawak)

Stanley dipilih pengerusi Persatuan Guru Bisaya Sarawak

-

MIRI: Stanley Aba@ Yaba dipilih pengerusi Persatuan Guru Bisaya Sarawak pada Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM) pertama diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan (SK) Edmund, Limbang kelmarin.

Mesyuarat turut menyaksika­n pemilihan William Awang (penolong pengerusi), Henry Madai ( setiausaha), Roslind Lukong (penolong setiausaha) dan Sebastian Kaban Apong (bendahari).

Turut dilantik ahli jawatankua­sa (AJK) ialah Enderick Enjan, Narawi, Poul Nanggang, John Sungkai, Sedi Pura, Hearitta Rity, Helimah Muda, Freda Linus Lukong, Annie Phang, Nerama Bunjok dan Teo Kim Hoi.

Jurucakap persatuan, Poul Nanggang berkata persatuan berkenaan menjadi organisasi berdaftar dengan Pejabat Pen- daftar Pertubuhan (ROS) diluluskan pertengaha­n 2018.

“Sebagai organisasi baharu, persatuan ini cuba bekerjasam­a dengan semua pihak berkaitan dunia pendidikan seperti kerajaan persekutua­n, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Kerajaan Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

“Ini bagi membantu anakanak etnik Bisaya mendapat ruang dan bantuan mendapat pendidikan lebih baik,” katanya.

Selain itu, menyediaka­n bantuan seperti buku tulis, buku akademik, majalah, peralatan sekolah kepada pelajar Bisaya yang miskin dan memerlukan sokongan.

Beliau berharap semua guru daripada etnik Bisaya seluruh Malaysia dapat memberi sokongan kepada usaha tersebut.

“Apa yang penting solidarity dalam kalangan pendidik Bisaya bagi membantu anak Bisaya berjaya maju seperti kumpulan etnik sudah maju,” katanya.

Sekitar 100 orang hadir termasuk pemerhati dan pendidik Bisaya di sekitar Limbang, Miri dan Lawas.

Antara agenda mesyuarat selain pemilihan jawatankua­sa ialah program motivasi ibu bapa, pelajar dan masyarakat melonjakka­n pendidikan serta program mengisi dana bagi organisasi ini bergerak.

Program berkenaan meningkatk­an kesedaran pendidikan masyarakat Bisaya bersama sinergi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Bisaya dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setiap sekolah bagi pelajar Bisaya di Limbang.

 ??  ?? SUMBANGAN: Nasir (hadapan, tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Minah (enam kiri) sambil diperhatik­an Safree (lima kiri), Azlina (kiri) serta yang lain.
SUMBANGAN: Nasir (hadapan, tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Minah (enam kiri) sambil diperhatik­an Safree (lima kiri), Azlina (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia