Utusan Borneo (Sarawak)

PVAS serah sumbangan kepada keluarga mendiang Ling

-

KUCHING: Persatuan Veteran Armor Sarawak (PVAS) telah menyerahka­n sumbangan tunai kepada keluarga mendiang bekas pesara Kor Armor Diraja, Ling Dana, 60, yang meninggal dunia akibat jangkitan pada jantung 10 September lalu.

Menurut Ketua Penerangan PVAS Jossem Daweg, balu Ling, Bah Elie, 66, menetap di kediaman keluargany­a di Kampung Pulau Jaung Samarahan.

“Mendiang menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Mei 1981 dan bersara pada 1 Mei 2002 setelah berkhidmat selama 22 tahun dalam ATM.

“Saya percaya ramai lagi rakan veteran daripada Kor Armor yang belum berbuat demikian.

“Sebelum ini juga kita telah memberi sumbangan seumpama ini kepada keluarga rakan kami yang telah meninggal dunia. Tidak dilupakan kebajikan ahli keluarga veteran,” katanya semalam.

Tambahnya, mendiang meninggalk­an seorang balu dan empat anak dengan dua daripada anak mendiang masih berkhidmat dalam ATM.

Kedua-dua anak perempuann­ya masih berkhidmat di Cawangan Sumber Manu- sia Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) dan seorang lagi di Markas Medan Barat.

Justeru, beliau menyeru semua bekas pesara dan anggota tentera daripada Kor Armor Diraja yang menetap di Sarawak agar mendaftark­an diri mereka dengan PVAS.

Katanya ia bagi memudahkan persatuan memberi perkhidmat­an dan pertolonga­n semasa diperlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia