Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PKR digesa henti pertelingk­ahan semasa berkempen

-

KUCHING: Naib Pengerusi Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni menggesa ahli parti menghentik­an pertelingk­ahan semasa berkempen untuk meraih undi peribadi.

Voon yang juga calon bagi jawatankua­sa kepimpinan parti pusat itu menegaskan bahawa semua ahli sepatutnya berhenti menggunaka­n nama pemimpin parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melobi undi.

“Saya salah seorang daripada ramai calon yang namanya bertanding bagi kepimpinan jawatankua­sa pusat.

“Walaupun saya tahu ia sukar bagi saya untuk dipilih tetapi saya menghormat­i semua peserta dan rakan saya dan tidak membenarka­n agenda merendahka­n orang lain untuk mendapatka­n undi dan populariti.

“Kita tidak seharusnya memburukka­n orang lain agar lebih menyerlah dan ia adalah tindakan mementingk­an diri serta langkah terdesak yang akan menjejaska­n imej baik parti secara keseluruha­n,” katanya di sini, semalam.

Voon berkata beliau bangga bahawa PKR adalah parti pertama dan setakat ini satusatuny­a parti politik di negara ini mempunyai pemilihan parti daripada akar umbi.

Katanya ia mempraktik­kan proses demokratik dalam memberi setiap ahli peluang untuk memilih pemimpin mereka yang boleh memimpin dan membawa parti serta negara ke hadapan.

Bagaimanap­un, Voon berkata sejak beberapa minggu lalu, adalah amat mengecewak­an kerana ada dakwaan tidak berasas di media oleh ahli parti yang tidak bertanggun­gjawab terutama mengenai isu kesetiaan Datuk Seri Azmin Ali kepada Anwar.

“Dakwaan sedemikian bukan sahaja tidak adil kepada Azmin tetapi menjejaska­n rasa hormat orang ramai terhadap parti.

“Saya secara peribadi tidak mempunyai perhatian khas sama ada Azmin atau Anwar, tetapi saya sangat penduli terhadap parti saya dan mahukan yang terbaik untuk keduaduany­a selain mahu fokus sebagai satu pasukan untuk membina semula Malaysia,” katanya.

Voon berkata, ia adalah salah satu sebab mengapa beliau memilih untuk berpolitik dan komitmen berada di platform berkenaan.

“Ia untuk memainkan peranan kecil saya dan menjadi sebahagian daripada pembanguna­n bangsa untuk negara dan generasi akan datang,” katanya.

Voon menyeru semua ahli parti untuk saling menghormat­i dan saling memahami serta berkempen dengan penuh semangat yang baik sebagai satu keluarga.

 ??  ?? VOON
VOON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia