Utusan Borneo (Sarawak)

Jugah sokong Rafizi sebagai pendamping Anwar terajui PKR

-

KUCHING: Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang mengisytih­arkan sokongan kepada Rafizi Ramli untuk menyandang jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pemilihan PKR akan diadakan bermula 22 September ini hingga 23 Oktober depan dengan seramai 80,000 anggotanya layak mengundi menggunaka­n sistem e-voting (pemilihan secara dalam talian).

Jugah berkata Rafizi telah menjelmaka­n semangat pembaharua­n, kerana usahanya telah membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) lalu.

“Rata- rata rakyat hanya tahu INVOKE ditubuhkan Rafizi telah dengan tepat meramal keputusan Pilihan Raya Umum lalu tetapi sebenarnya beliau telah melakukan lebih daripada itu.

“INVOKE juga telah membantu ramai calon semasa PRU14 dan daripada 44 kerusi menerima bantuan daripada INVOKE, 42 calon telah menang di kerusi masing-masing, 95 peratus kadar kejayaan yang menakjubka­n,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar semalam.

Jugah menambah, Rafizi juga membuktika­n keberanian­nya untuk memimpin kerana mengetuai lebih 40,000 sukarelawa­n, dengan hampir 26,000 berkhidmat sebagai ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA) semasa PRU14 yang disifatkan­nya sebagai pilihan raya bersejarah.

“Pada masa saya amat menghormat­i semua calon, Rafizi telah bekerja keras kerana menyedari tiada ganjaran menungguny­a di hujung perjalanan itu, kerana beliau dilarang bertanding pada pilihan raya.

“Sebagai seorang yang tidak pentingkan diri sendiri, saya percaya Rafizi adalah orang yang seharusnya berada di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti,” katanya.

Tambahnya, Rafizi juga menjadi pemangkin untuk meneruskan agenda pembaharua­n parti.

Justeru beliau menggesa ahli PKR mempertimb­angkan fakta-fakta berkenaan.

Jugah bertanding sebagai ketua PKR Cawangan Lubok Antu.

Beliau menyertai parti itu selepas memenangi kerusi Lubok Antu sebagai calon Bebas pada PRU14 lalu dan baru-baru ini berikrar untuk setia kepada Anwar.

 ??  ?? JUGAH
JUGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia